Pages

Friday, 19 January 2018

DASAR DIPERKENAL KERAJAAN BERUPAYA MANFAATKAN RAKYAT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa dasar kerajaan sekarang, sama ada dasar luar atau domestik, adalah berasaskan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.
Berucap pada majlis minum petang dengan komuniti rakyat Malaysia di sini, Najib berkata semua dasar setakat ini telah membawa negara ke hadapan ke arah menjadi negara yang disegani.
Mengambil contoh hubungan dua hala kini dengan Singapura, beliau berkata hanya dengan bekerjasama dan usahasama, kedua-dua negara akan memperoleh manfaat atas dasar hubungan yang membawa faedah bersama kedua-dua negara.
Beliau berkata pelancaran signifikan dua projek ikonik, Marina One and DUO merupakan testimoni baik dan melambangkan titik perubahan dari segi hubungan dua hala Malaysia dan Singapura kini.
"Anda boleh melihat sendirii kedua- dua projek ini akan menjadi mercu tanda yang akan dikenang oleh generasi seterusnya kerana ia merupakan projek titik perubahan hubungan kita, " katanya kepada lebih 350 rakyat Malaysia yang kini belajar dan menetap di Singapura pada sesi pertemuan itu.
"Cuba bayangkan jika kita tidak menyelesaikan masalah yang timbul, cuba fikirkan buat seketika yang hubungan kita adalah berdasarkan konfrontasi antara kedua-dua negara, cuba bayangkan yang ia merupakan hubungan sering berbalah, tidak akan ada Marina One, tidak akan ada DUO, tidak akan ada Sistem Transit Rapid ( (RTS), tidak akan ada Sistem Kereta api Berkelajuan Tinggi (HSR), tidak akan ada 'jambatan bengkok´ disambut ketawa hadirin.
"Disebabkan kita percaya terhadap hubungan membina, kita percaya terhadap dasar progresif, kita percaya terhadap menjalin persahabatan, kita percaya terhadap membina hubungan yang amat produktif dengan semua negara dan dasar atau dasar-dasar itu sama ada antarabangsa dan domestik, dasar transfromasi kita, dasar membawa perubahan, tetapi dalam cara yang amat berhat-hati dan membina, berasaskan perancangan dan kita telah sampaikan hasil perancangan itu yang telah membawa negara ke hadapan dan hari ini kita menjadi sebuah negara yang disegani, " katanya.
Terdahulu, Najib telah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya Perdana Menteri Lee Hsien Loong, bersama menteri-menteri dan pegawai-pegawai kedua-dua negara mengenai pelbagai isu semasa Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Kelapan di Istana.
Kemuncak sesi pemukiman itu ialah penandatanganan perjanjian dua hala RTS Johor Bahru-Singapura serta penandatanganan memorandum persefahaman kerjasama pendidikan antara kedua-dua negara.

No comments:

Post a Comment