Pages

Saturday, 30 December 2017

LEMBAH PANTAI KE PERMATANG PAUH

Sudah tentu Parlimen Permatang Pauh adalah istimewa bagi saya - Nurul
Intai dia sebelum nampak
Esok jgn rindu²an
Di Lembah Pantai hilang jejak
Membawa diri hiba nan rawan

Naib presiden PKR memujuk diri, telah ketahuan sekian buana diri sudah dipinggir dek keceluparan lidah sendiri dan rakan² sekandang. Lupa janda manis ini keberadaannya di Parlimen Lembah Pantai selama ini adalah atas budi dan sokongan Parti PAS. Sudah pastilah hati kian bergelora dengan perkembangan PKR @ Pakatan Harapan sewaktu ini yg amat celaru, penyokong yang sedikit itupun bertambah keliru...PKR ini parti reformasi atau parti rojak. Agendanya untuk rakyat atau untuk Anwar ataupun "cari makan" sahaja.

PKR menjerumuskan diri dalam polemik apabila memilih bersama Pakatan Harapan apabila ;

*Tindakan khianat kepada rakan tahalluf menghilangkan terus Nurul Izzah dan kehormatan

*Tindakan menerima TunM ke dalam Pakatan Harapan menyebabkan perpecahan dalaman.

*Beberapa tindakan Rafizi dan pasukannya menjarakkan lagi assabiyyah dalaman PKR 

*Tindakan khianat kepada PAS membuka mata penyokong @ simpatisme

*Perebutan kawasan sesama rakan Pakatan Harapan, menyedarkan PKR ancaman dari rakan Pakatan Harapan.

*Status pengemis yang menekan keputusan Azmin @ PKR Selangor.

Terlalu banyak boleh disebutkan seperti di atas,  sekadar beberapa penyebab dan asbab kemerosotan PKR. Kebarangkalian PKR tumpas adalah besar.

Nurul Izzah mahu lari ke mana pun, bukan suatu yang mudah baginya mahupun  Wan Azizazh Wan Ismail (Wawi). Wawi juga yang dilihat gagal mengawal PKR. Beliau bukan seorang ahli politik dan tiada kemampuan memimpin Pakatan Harapan...menunggu wahyu untuk setiap kali mahu membuat keputusan! Dilihat lemah dan bakal diambil peluang dan ditekan oleh rakan hatta JK PKR juga. Terlalu banyak musang berbulu ayam di dalam Pakatan Harapan.

Larilah ke mana pun Nurul Izzah atau siapa sahaja dari PKR, bukannya berada di dalam situasi seperti dahulu, rekayasa saraf chap ayam berpeleseran di dunia maya sekalipun tidak lagi menjadi penambah tonik sebaliknya racun saraf memakan diri. PKR dilihat terdesak menggunakan fitnah sebagai hujah seperti rakan sesumpah mereka - PAN.

Anda memilih Permatang Pauh, Kajang atau di mana pun, karisma anda sebagai ahli politik yang  bersaksiah telah di lihat meleweh. 

Anda gagal menjadi pemimpin yang baik lagi bersikap kasih kepada pengundi. Gagal menjadi manusia berbudi kepada pembantu yang berjerih perih, malah gagal sebagai insan berhemah. Bahana bersahabat dengan pelesit, jembalang dan hantu raya politik telah membenam anda sebagai puteri reformasi yang disayangi. Kerana gagak sekawan, merak emas dilepaskan, gemerlap kaca disangka intan direbutkan, emas bersalut lumpur disisihkan.

No comments:

Post a Comment