Pages

Tuesday, 26 December 2017

KECELARUAN HAR^PAN TONIK BARU BUAT UMNO/BN ???


MELIHAT kepada kecelaruan Pakatan Harapan hari ini, ramai yang cuba membuat kesimpulan sendiri...Misalnya, perdamaian antara Lim Kit Siang dan Mahathir, antara Mahathir dan Anwar malahan pemimpin2 PKR yang ditubuhkan kerana mahu melawan Umno di bawah pimpinan Mahathir era reformasi dahulu...dan sekarang siapa bakal calon PM sedang berlegar dikalangan mereka sendiri yg tiada kesudahan... apa yang pasti nama Anwar Ibrahim sudah semakin dilupakan...
Ini sepatutnya membuka minda orang ramai berkenaan politik...

Walaupun ada yang cuba merasionalkannya dengan pelbagai hujah yang kelihatan agak logik, ia adalah bagi saya tetap tidak masuk akal..

Bagaimana sebuah parti yang ditubuhkan hanya untuk menumbangkan seorang yang bernama Najib atas nama dendam kesumat boleh diterima sebagai sekutu politik?

Lihat pula bagaimana Lim Kit Siang yang bertahun-tahun mendakwa Mahathir merompak wang negara boleh berdamai hanya dengan menjual slogan "menyelamatkan Malaysia?"
Jika ditanya kepada Presiden Amanah "siapa bapa perompak yg diwar2kan dulu?" Jawapan setepat mungkin, "saya dengan bapa perompak itu bagai anak dengan bapa"...jadi apa lg boleh diharap pada Mat Sabu?

Dalam politik, bolehh saya terjemahkan tiada benda yg mustahil jika tidak meletakkan Islam didepan...
Tiada musuh dan kawan yang kekal dan Ia berubah mengikut keadaan...
Dalam fikiran anda, tentulah anda fikir ia adalah perkara biasa. Untuk menjatuhkan sesebuah parti, pihak lawan mestilah sepakat, Itulah yang mereka lakukan kini...

Walaupun pada dasarnya mereka bertentangan, matlamat telah menyatukan mereka. Memanglah tujuan parti politik adalah mahu memenangi pilihanraya dan mengambil alih kuasa, tetapi adakah wajar jika ia menelan semua prinsip2 mereka? Jadi, apabila mereka bertukar prinsip, apakah pula yang sebenarnya mereka perjuangkan untuk rakyat dan negara?

Sepatutnya perkara ini membuat anda semua berfikir.

Anda melawan seseorang yang dianggap jahat, mahazalim, mahafiraun, bapa perompak, dsb... kemudian anda memaafkannya tanpa orang itu mengaku salah dan tanpa orang itu meminta maaf....adilkah begitu?
Apa sebenarnya matlamat mereka?
Anda seorang yang waras apa yang sedang bermain difikiran anda ketika ini?

Satu kegilaan jika dulu mereka mengajar bahawa Mahathir itu mahazalim, dan sekarang ia berlaku sebaliknya...
Cuba semak berapakah jumlah yang didakwa oleh Lim Kit Siang dan pemimpin2 PH yang lain tentang apa yang telah dicuri oleh Mahathir?

Siapakah mereka untuk mewakili rakyat memaafkan Mahathir?
Apa jawapan mereka kepada tuduhan yang dilakukan oleh Mahathir selama ini?

Seorang yang normal, jika kenyataannya seperti dinyatakan di atas, tidak akan menggunakan perompak untuk menangkap perompak. Jadi, apa yang anda patut fikir adalah, ia berkenaan suatu komplot jahat, saling memanipulasi untuk mencapai maksud masing-masing.

No comments:

Post a Comment