Pages

Friday, 29 December 2017

DOKUMEN TAK LENGKAP, ANTARA SEBAB MOHON MYDEPOSIT DITOLAK


Dokumen tidak lengkap adalah salah satu daripada tiga faktor utama permohonan awal Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama ( MyDeposit) ditolak sekali gus hilang kelayakan untuk menerima insentif sehingga RM30,000.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata dua faktor lain ialah pemohon tidak penuhi syarat kelayakan ditetapkan sama ada pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 atau melebihi RM15,000.

Katanya, pembelian rumah daripada pemaju yang mendapat dana atau subsidi seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Program Perumahan Rakyat (PPR) dan lain-lain sama ada dari kerajaan negeri atau persekutuan juga menyebabkan permohonan boleh ditolak.

"Apabila sudah buat permohonan yang penuhi syarat-syarat, pemohon akan diberikan surat tawaran kelulusan bersyarat, namun, selepas itu ada di antara mereka yang ditolak kerana selepas semakan ada di antara salah seorang, suami atau isteri sudah miliki rumah.

"Pemohon yang gagal dapatkan pembiayaan dari institusi kewangan dan gagal kemukakan perjanjian jual beli juga menyebabkan mereka ditolak.

No comments:

Post a Comment