Pages

Thursday, 28 December 2017

BIRO POLITIK PAS YANG SELALU "BERAK ATAS PUSU"


Malam ni ambo nak cerita pasal Biro Politik PAS yang selalu cuba berak atas pusu.
Pada 2009, Jutawan Koporat Tan Sri Rashid Hussain menyatakan hasrat untuk membina Masjid dan mewakafkanya kepada rakyat Negeri Kelantan di Tunjong, atas tanah seluas 9.4 ekar.
Tan Sri Rashid Hussein bersetuju membina sendiri dengan wang beliau sehingga siap dengan kos sebanyak RM7 juta ketika itu dan diserahkan kepada MAIK untuk diuruskan.
Tetapi apa berlaku Kerajaan Negeri tidak bersetuju wang terhadap pengambilan tanah itu dibayar sendiri oleh Tan Sri Rashid, maka dikeluarkan arahan supaya ia dibayar melalui PMBK,
Dalam pada itu 14 Sept 2009 Kerajaan Negeri melalui PMBK telah melancarkan MAJLIS PELANCARAN DAN KUTIPAN DERMA untuk membina Masjid tesebut sedangkan Tan Sri Rashid sendiri sudah bersetuju membiayai sepenuhnya pembinaan dan pengambilan tanah. (disini bermulanya aktiviti berak atas pusu untuk LABA POLITIK)
Ramai telah menderma kepada Tabung Pembinaan Masjid tersebut tapi akhirnya akibat berbagai kerenah Kerajaan Negeri Kelantan dan PMBK , sehingga ke hari ini Masjid Al Hussein tidak dapat dibina. Kemana wang derma sehingga ke hari ini sepi...
Dengan kerenah melampau Kerajaan Negeri yang mahu menjadikan niat murni Tokoh Koporat ini sebagai 'Biro Politik PAS' maka , Tan Sri Rashid pada 2012 telah alihkan hasratnya ke Negeri Sembilan, dan tanpa banyak soal Pembinaan Masjid tersebut siap tersergam indah di Seremban 2, dan Majlis Akad Wakaf dilakukan bersama MB Negeri Sembilan pada 24 Oktober 2014, tanpa ada Majlis kutipan Derma.
Rasanya Nik Abduh Tak usahlah duk tuduh orang lain nak jadikan TRW ini Biro Politik UMNO sebaliknya perlu selami dalam diri sendiri apa yang 'Biro Politik PAS' lakukan kepada ISLAM, hinggakan usaha murni mewakafkan MASJID juga dipolitikkan.

No comments:

Post a Comment