Pages

Wednesday, 27 December 2017

10 TAHUN DAP GAGAL MEMERINTAH PULAU PINANG, HANYA PENTINGKAN PEMAJU HARTANAH


* Setelah hanya 10 tahun mentadbir negeri Pulau Pinang, muncul pelbagai masalah dihadapi rakyat negeri itu terutama dalam hal-hal melibatkan pembangunan yang dikatakan tidak dirancang dengan baik.


* Umum maklum bahawa kerajaan Pulau Pinang pro pemaju-pemaju hartanah. Jika dilihat di media sosial, netizen menggelarkan DAP sebagai Developer Action Party - yang didakwa sebuah parti yang hanya menjaga kepentingan pemaju hartanah.

* Akibat itu, sejak DAP memerintah, sudah 119 kes banjir besar berlaku di negeri itu yang menyusahkan rakyat. Pampasan diberi pula dikatakan tidak setimpal dengan kerugian dialami penduduk.

* Bukan sahaja kes banjir, siapa boleh lupa kes tanah runtuh di Tanjung Bungah yang meragut 11 nyawa. Malah antara punca kes tanah runtuh itu berlaku adalah kerana pembangunan tidak terkawal dilakukan di cerun bukit serta tidak mendapat kebenaran serta kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar (JAS).

* Adakah benar kerajaan ne­geri gagal meningkatkan pendapatan negeri, sekali gus mencari jalan pintas dengan menjual ta­nah negeri? Inilah yang menjadi persoalan setelah Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016 ke atas Penyata Kewangan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dikeluarkan menyebut perkara ini.

* Menurut LKAN itu, hasil diperoleh daripada premium tanah (pemberian hak milik dan pemberian milik bayaran khas) kerajaan DAP Pulau Pinang antara 2012 hingga 2016 adalah sebanyak RM1,552,58. Selain itu, cukai ta­nah dan premium tukar syarat tanah pula menyumbang RM768.46 juta, ma­nakala jumlah hasil daripada perkara ber­kaitan tanah ne­geri untuk tempoh sama me­nyumbang sebanyak RM2,321,04 kepada hasil negeri. Ini de­ngan jelas menjadikan penjualan tanah sebagai sumber kewa­ngan utama kerajaan DAP Pulau Pinang.

* Namun peliknya, walaupun mendapat berjuta-juta daripada hasil penjualan tanah negeri, hutang kerajaan negeri melonjak tinggi. Mana ada kurang hutang sampai 95 peratus seperti didakwa Timbalan Ketua Menteri, Profesor Dr. P. Ramasamy. Hutang kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM655 juta telah diubah kepada bayaran ansuran selama 45 tahun. Hutang tidak kurang 95 peratus tetapi makin bertambah. Tidak cukup dengan itu berhutang lagi dengan China Exim Bank.

* Sudahlah semua tanah dijual dan hutang semakin bertambah, kerajaan DAP Pulau Pinang pula mahu meminjam wang dari Bank China untuk membiayai projek-projek kerajaan negeri. Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini meluluskan Rang Undang-undang Pinjaman Negeri Pulau Pinang (Bank dan Sumber-sumber Kewangan Lain) 2017 yang membolehkan kerajaan DAP ne­geri membuat pinjaman daripada sebuah bank di China.

* Adakah kerana mempunyai hutang yang tinggi, DAP mula menaikkan tarif air sebanyak empat kali dalam tempoh 10 tahun? Jika benar, tidakkah ini membebankan rakyat Pulau Pinang?

* Bukan sahaja menaikkan harga tarif air, DAP satu-satunya kerajaan negeri mengenakan caj letak kereta sampai waktu tengah malam. Malah di Pulau Pinang ada cukai katil, caj plastik 20 sen, cukai pintu naik 14.29 peratus pada 2015, sewa warung naik dan harga rumah naik. Adakah ini padah yang diperoleh rakyat?

* Dari segi pertumbuhan ekonomi pula, pelaburan dari luar negara semakin kurang memasuki Pulau Pinang. Jika dilihat dari Laporan Lembaga Pemba­ngunan Pelaburan Malaysia, MIDA pada April 2017 menunjukkan penurunan sebanyak 30 peratus pelaburan ke Pulau Pinang. Pada Januari hingga Ogos 2016, pelaburan ke Pulau Pinang hanya berjumlah RM3.77 bilion berbanding RM5.34 bilion pada 2015. Adakah ini membuktikan syarikat-syarikat serta pelabur juga tidak yakin dengan pentadbiran DAP di Pulau Pinang?

* Adakah impak daripada itu menyebabkan purata gaji pekerja di Pulau Pinang sejumlah RM2,434 merupakan di bawah gaji purata nasional, RM2,463. KDNK Pulau Pinang pula adalah keempat paling rendah di Malaysia antara tahun 2008-2015. Pendapatan isi rumah rakyat Pulau Pinang adalah keempat terendah di Malaysia. Adakah ini petanda kegagalan memajukan Pulau Pinang?

* Benarkah kerajaan Pulau Pinang berada dalam keadaan defisit? Dikatakan setiap tahun sejak 2011, Guan Eng membentangkan bajet defisit enam tahun berturut turut. Pada 2011, defisit sejumlah RM108 juta. Pada 2017, defisit bajet mencecah RM667 juta, iaitu hampir separuh bilion ringgit. Walaupun bajet kerajaan ne­geri berada dalam keadaan defisit tetapi peruntukan untuk Pejabat Ketua Menteri Guan Eng bertambah setiap tahun. Benarkah?

* Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sekurang-kurangnya 18,000 unit rumah mampu milik dijangka dibina pihak kerajaan negeri di bawah Fasa 1 dan 2 Tabung Perumahan Mampu Milik RM500 juta dan ia telahpun dilancarkan pada 17 Februari 2012.

Namun sehingga kini tiada satupun rumah mampu milik yang telah dibina oleh kerajaan negeri. Walaupun kerajaan ne­geri memberi pinjaman RM500 juta kepada Penang Development Corporation (PDC) namun sehingga kini perumahan mampu milik masih menjadi isu di Pulau Pinang.
Dan akhirnya Cheng Guan mahu bertanya kepada rakyat Pulau Pinang:

 “Adakah sudah tiba masanya mereka keluar menunjukkan kuasa menidakkan kerajaan DAP dalam PRU ke-14?”


SUMBER 

No comments:

Post a Comment