Pages

Tuesday, 2 February 2016

PROTON NAIK HARGA : RAKYAT 1 MALAYSIA KENA FAHAM !!!


SHAH ALAM - Penganalisis ekonomi menyifatkan rakyat negara ini perlu memahami keputusan kenaikan harga bagi semua kereta Proton seperti yang diumumkan semalam.

Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, kenaikan itu boleh dijangka susulan peningkatan kos pengeluaran dari semasa ke semasa.

"Proton perlu berfungsi sebagai sebuah syarikat dan kita sebagai rakyat Malaysia kenalah faham bahawa sudah sampai masa Proton menjadi dewasa dan bersaing dalam pasaran terbuka. Mereka harus dilihat sebagai 'operasi perniagaan yang sudah matang'.

"Jika maksimum kenaikan hanyalah sekitar RM2,000, saya rasa itu bukan kenaikan yang signifikan walaupun berlaku kenaikan. Jika kita mahukan kualiti, kita kena bayarlah untuk kualiti itu," katanya kepada Sinar Online.

Semalam Proton mengumumkan kenaikan harga semua kereta keluarannya, berkuat kuasa 15  Februari 2016 yang akan menyaksikan kenaikan sebanyak RM312 kepada maksimum RM2,021 bergantung kepada varian model.


Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, Proton juga perlu melihat kembali struktur kos secara keseluruhan dan memotong mana-mana yang wajar.

"Sekiranya ada peluang untuk memotong kos, saya rasa itu perlu dilakukan oleh Proton termasuklah juga bilangan pekerja.

"Sekiranya ada bilangan pekerja yang terlalu tingig dan tidak digunakan secara produktif, maka Proton perlu buat keputusan untuk mengurangkan kosnya," katanya.

Dalam memastikan kemampuan kereta nasional itu bersaing dengan pengeluar lain, Proton perlu memastikan sasaran pasarannya dan memastikan strategi harga yang digunakan adalah sesuai dengan sasaran pasarannya itu.

"Jika sasarannya golongan yang berpendapatan pertengahan, kenaikan itu hendaklah mengikut kemampuan golongan ini," katanya.
SH

No comments:

Post a Comment