Pages

Sunday, 7 February 2016

PEGUAM NEGARA PERTIMBANG PENJARA SEUMUR HIDUP TERHADAP 'PEMBOCOR RAHSIA'

PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan hukuman kepada mereka yang membocorkan rahsia rasmi negara.

Dalam satu temubual ekslusif bersama Sin Chew Daily, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata kes kebocoran rahsia rasmi telah meningkat dan media sentiasa melaporkan berita mengenainya dengan memetik sumber.

Beliau berkata Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk menghukum mereka yang membocorkan rahsia kerajaan termasuk penjawat awam, orang awam dan pengamal media yang enggan mendedahkan sumber berita mereka.

Menurut Mohamed Apandi, hukuman yang sedang dipertimbangkan adalah penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan.

"Di sesetengah negara, membocorkan rahsia rasmi adalah satu kesalahan serius. Seperti di China di mana kesalahan itu membawa hukuman mati," katanya.

Mohamed Apandi menegaskan sekiranya wartawan cuba melindungi atau enggan mendedahkan sumber mereka, dianggap bekerjasama dengan pensabotaj.

"Kami mungkin mendakwa wartawan yang enggan mendedahkan sumber mereka.

"Saya tidak bergurau. Jika saya mempunyai 90 peratus bukti, saya akan dakwa wartawan, editor, penolong editor dan ketua editor. Saya serius, bukan main-main. Berlaku terlalu banyak kebocoran rahsia di Malaysia.

"Hak untuk tahu tidak diberikan oleh perlembagaan," katanya.

Beliau berkata kerajaan akan digulingkan jika rahsia rasmi dibocorkan.
mStar

No comments:

Post a Comment