Pages

Saturday, 13 February 2016

MAT SABU BALING MIKROFON HANYA SANDIWARA !!!


Rakyat jangan terpedaya dengan tindakan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu melemparkan mikrofon selepas berucap pada Himpunan 365#BebasAnwar#BebasRakyat di Penjara Sungai Buloh dua malam lepas.
Ini kerana perbuatan bekas Timbalan Presiden Pas itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu adalah strategi beliau untuk menarik perhatian dan simpati orang ramai berhubung program berkenaan, yang dikatakan tidak mendapat sambutan.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairuddin Ihsan Wan Muhammad ketika memberi ulasan mengenai kejadian itu berkata, beliau melihat kejadian itu sebagai sandiwara yang telah ditulis skripnya dan dilakonkan oleh Mat Sabu dengan baik sekali.
"Saya senyum dan tergelak seorang diri. Saya amat yakin dari pengalaman sebagai bekas Ketua AMK Kelantan dan juga Unit Strategi PKR satu ketika dulu, ini semua adalah sandiwara yang telah ditulis skripnya.
"Gegak gempita isu Mat Sabu hempas mikrofon dan keluhan kecewanya terhadap Azmin Ali (Menteri Besar Selangor) kerana dikatakan tidak hadir dalam program bebaskan Anwar di Penjara Sungai Buloh.
"Beliau juga menuduh Azmin lebih mesra Pas berbanding PAN yang didakwanya pejuang kepada Anwar seawal bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat, tidak seperti Pas yang kini telah lari dari pakatan (Pakatan Harapan)," tulis beliau yang disiarkan menerusi blognya hari ini.
Wan Khairul yang juga bekas Exco AMK Pusat memberitahu, pembangkang akan menggunakan apa sahaja strategi untuk menarik perhatian orang ramai sekiranya program mereka tidak mendapat sambutan.
Katanya, dalam kes kempen bebaskan Anwar ini, hanya segelintir sahaja yang hadir dan bagi mengelak dari berasa malu, Mat Sabu cuba membaling mikrofon dengan harapan kejadian itu dijadikan viral dalam laman sosial.
"Untuk pengetahuan umum, walau apa pun sandiwaranya, hidup mati Azmin adalah bersama Anwar. Azmin tidak hadir dalam program di Penjara Sungai Buluh kerana beliau di Mekah menunaikan ibadah Umrah," ujar beliau.
MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment