Pages

Sunday 14 February 2016

MASYARAKAT CENDERUNG PERCAYA FITNAH !!!

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menimbulkan persoalan mengapa rakyat rakyat di negara ini lebih cenderung mempercayai perkara viral di media sosial yang tidak benar.

Mengambil contoh isu viral surat Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Tabung Haji (TH), Asyraf berkata, walaupun telah diberikan penjelasan mengenai rizab dan keuntungan , malangnya masyarakat hari ini lebih terpengaruh kepada fitnah berbanding jawapan balas.

“Walaupun BNM tidak mengawal selia TH, tetapi diberikan surat atas dasar sebuah bank pusat yang mahu melihat pengurusan risiko TH dapat diuruskan dengan baik.

“BNM sendiri telah menjawab dengan menyatakan berpuas hati dengan jawapan dari TH. Mengapa ia tidak diviralkan pihak tertentu seperti yang dilakukan sebelumnya?” katanya pada majlis perasmian Ibu Pejabat Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), semalam.

Katanya, kerajaan hari ini berdepan dengan keganasan persepsi melampau kerana banyak maklumat separa benar berasaskan dokumen yang diperoleh.

“Walaupun nampak ada betulnya tapi tidak difahami dalam konteks sebenar dan disebarkan menggunakan ruang media sosial yang akhirnya mempengaruhi pemikiran yang dilihat begitu mudah mempercayai fitnah berbanding jawapan benar,” katanya.

Justeru katanya, masyarakat perlu kembali kepada al- Quran supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah akhir zaman.

Sementara itu, mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menggesa supaya penyebaran dan usaha dakwah melalui internet diperluaskan, Asyraf berkata kewujudan semula Majlis Perundingan Islam (MPI) mampu menggembleng usaha menyebar luas dakwah.

"Dalam konteks ini, saranan Ahmad Zahid adalah untuk kita manfaatkan media sosial untuk beri mesej-mesej positif Islam berkenaan kepentingan kesejagatan.

“Mereka yang berada dalam MPI ini boleh diibaratkan sebagai individu yang mempunyai pengaruh di media sosial dan beri manfaat dengan mesej- mesej penting dan timbul aura positif dalam masyarakat," katanya.

No comments:

Post a Comment