Pages

Thursday, 18 February 2016

LORI SERET TIANG ELEKTRIK, 10 KERETA ROSAK


KUALA TERENGGANU: Sepuluh kereta rosak ditimpa tiang elektrik yang tumbang diseret lori selepas kabelnya tersangkut di bumbung kenderaan itu di Kampung Limbong, Dungun, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, berkata ia berlaku kira-kira jam 10.50 pagi tadi apabila lori dipandu lelaki berusia 30 tahun itu melalui lokasi berkenaan.

Katanya, pemandu terbabit hanya menyedari kejadian apabila terdengar bunyi bising di belakang kenderaannya.

"Lelaki itu segera memberhentikan lori dipandu apabila mendapati tiang elektrik di lokasi itu tumbang dan menimpa kenderaan orang awam yang diletakkan berdekatan kawasan berkenaan.

"Kejadian hanya membabitkan kenderaan orang awam dan tiada kecederaan dilaporkan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Ahmad berkata, kabel di lokasi berkenaan dipercayai tersangkut di bumbung lori terbabit sebelum diseret hingga menyebabkan tiang elektrik di lokasi berkenaan tumbang.
bharian.

No comments:

Post a Comment