Pages

Wednesday, 17 February 2016

BACKPAKER ALTERNATIF PERCUTIAN BAJET !!!


SETIAP insan mempunyai impian untuk melancong seluruh dunia, namun sering kali berhadapan dengan kekangan kewangan.

Kos percutian sama ada domestik atau antarabangsa, memerlukan sumber kewangan bagi menampung perbelanjaan seperti penginapan, makanan dan pengangkutan.

Namun satu trend baharu menjadi kegilaan anak muda adalah backpackers secara solo atau berkumpulan menggunakan bajet berpatutan berbanding khidmat agensi pelancong.

Biarpun terpaksa melakukan perancangan awal disebabkan bajet terhad, segala perancangan dilakukan sendiri tanpa bantuan orang lain walaupun negara ditujui tidak pernah dikunjungi sebelum ini.

Walaupun trend ini mempunyai cabaran tersendiri bagi mengekalkan aktiviti dilakukan mencukupi dengan bajet.

Kebanyakan memilih percutian cara ini kerana ia memberi satu pengalaman berbeza dan lebih berdikari.

Namun bagi pengembara solo dan individu, kepuasan melancong ke negara orang menjadi keutamaan berbanding memilih pakej mahal serta tidak menepati cita rasa.

Backpackers menjadi terkenal kerana pengembara lebih bebas dalam membuat pilihan tanpa terikat dengan mana-mana agensi.

Galak melancong dalam negara

Industri pelancongan merupakan salah satu elemen penting dalam membantu pertumbuhan ekonomi negara.

Mengikut statistik dikeluarkan Tourism Malaysia, jumlah pelancong tahun ini dijangka mencecah 30.5 juta pengunjung dengan pendapatan RM103 bilion.

Jumlah tersebut pengaruhi faktor seperti tukaran mata wang ringgit rendah berbanding negara lain menjadi penarik peningkatan jumlah pengunjung.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab berkata, selaras dengan itu syarikat dan organisasi pakej pelancongan semakin meningkat bagi membantu jumlah kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa.

“Dengan itu, saya yakin jumlah pelancong terutamanya domestik meningkat 10 kali kerana faktor cuti panjang tahun ini.

“Terdapat banyak pilihan pakej dengan harga lebih kompetitif dan berpatutan,” katanya.

Beliau turut menggalakkan rakyat Malaysia melancong dalam negara kerana kadar pertukaran mata wang asing yang tinggi juga adalah tidak sesuai kepada rakyat untuk ke luar negara.

“Kita dapat lihat situasi ekonomi turun naik dalam sektor pelancongan jika dibandingkan dengan dua tahun lalu.

“Bagi tahun ini, kami menyasarkan 66.8 juta pelancong domestik, nilai belanja RM45.7 bilion,” katanya.

No comments:

Post a Comment