Pages

Wednesday, 11 November 2015

TANAH RUNTUH DI KM 52.4 LEBUHRAYA KL-KARAK

 
Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak hanya dibuka semula selepas keadaan cerun di Kilometer 52.4 disahkan stabil berikutan tanah runtuh di lokasi terbabit, kira-kira jam 7 malam tadi.  
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata keadaan struktur tanah di kawasan itu akan diketahui selepas pihak pakar forensik melakukan tinjauan dan menentukan sama ada ia selamat dilalui atau sebaliknya pada hari ini. 
"Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat penyelenggaraan laluan berkenaan sudah dikerah melakukan kerja pembersihan tanah runtuh dan ia dijangka selesai pagi esok. 
"Bagaimanapun, kita tidak akan membuka laluan berkenaan sehingga ia disahkan selamat," katanya kepada media pada Malam Media Kementerian Kerja Raya, malam ini.  
Yang turut hadir ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Fadillah berkata, empat kenderaan tersadai di lokasi terbabit akibat tanah runtuh tetapi sudah dialihkan malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 
Beliau berkata, pengguna yang terkandas dari arah Kuala Lumpur dan pantai timur sudah diarah berpatah balik dan menggunakan laluan alternatif untuk meneruskan perjalanan ke destinasi di kedua-dua arah.  
"Bagi pengguna yang merancang untuk melalui laluan berkenaan, kita nasihatkan supaya menangguhkan perjalanan atau menggunakan laluan lain," katanya. 
Sementara itu di Lebuh raya Kuala Lumpur -Karak, laluan di sepanjang jalan berkenaan sesak teruk lebih lima kilometer dengan kenderaan langsung tidak bergerak sejak lewat petang tadi.  
Wakil BH yang dalam perjalanan ke lokasi turut memaklumkan pasukan keselamatan dan menyelamat termasuk anggota Bomba dan Penyelamat (Bomba) turut lewat tiba di lokasi tanah runtuh berikutan jalan sesak.  
Lorong kecemasan juga dipenuhi kenderaan awam, di mana sebahagian besar mereka memberhentikan kenderaan bagi menunggu kerja-kerja pembersihan selesai.  
Difahamkan, kesesakan masih teruk membabitkan kedua-dua arah biarpun pusingan 'U' di km 50 sudah dibuka. - bharian
LALUAN AKTERNATIF ;
User dr Pantai Timur nk ke KL...

1. Keluar TP Karak divert ke Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - KL

2. Bentong -Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - KL

User yg dh terlepas ke TP Bentong...

1. Uturn seblm TP Btg - Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - KL

User dr KL...

Mn2 user yg dh terlepas sampai Lentang ...

Uturn kt Hentian Rehat Lentang - KL - Seremban - Bahau - Pelangai - Karak - LPT1

Sumber : Datuk Rosnah Hj Abd Rashid Shirlin, Timbalan Menteri
Kerja Raya

No comments:

Post a Comment