Pages

Wednesday, 25 November 2015

#PAU2015 : BUAT PERTAMA KALI PERSIDANGAN SAYAP DIRASMI KETUA MASING-MASING


KUALA LUMPUR: Perasmian persidangan sayap-sayap Umno pada perhimpunan agung tahun ini tidak akan dilakukan oleh timbalan presiden seperti kebiasaannya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, majlis perasmian sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno pada tahun ini akan dilakukan oleh ketua-ketua sayap.
"Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri akan dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing.
"Keputusan ini dibuat atas cadangan ketua sayap masing-masing dan itu atas kehendak mereka dan MT Umno menghormatinya," katanya pada sidang media ringkas selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di bangunan sementara Parlimen, petang Selasa.
Najib yang juga presiden Umno berkata, mesyuarat MT Umno turut membincangkan tentang persiapan Persidangan Agung Umno (PAU) yang akan berlangsung dari 8 hingga 12 Disember ini.
"Kita mahu PAU kali ini berjalan dengan baik dan dalam suasana positif," katanya.
Mengenai mesyuarat kali ini yang diadakan di bangunan Parlimen, Najib berkata ia bukanlah sesuatu yang luar biasa.
"Kita adakan di perkarangan pejabat Parlimen sebab kita perlu dekat dengan Dewan Parlimen jika ada undi belah bagi.
"Pembangkang juga sering adakan mesyuarat mereka di pejabat Parlimen," katanya. - mStar

No comments:

Post a Comment