KOTA BHARU - Dua wanita nyaris lemas selepas terperangkap dalam lif di bangunan bank di Jalan Kebun Sultan di sini, petang semalam.
Mangsa dipercayai terssangkut antara tingkat dua dan tiga bangunan tersebut kira-kira jam 2 petang.
Pegawai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Rozi Jusoh yang mengetuai operasi berkata, enam anggota dihantar ke lokasi kejadian.
"Anggota bomba berusaha naik ke bilik motor bagi mengerakkan lif secara manual sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.
"Salah seorang mangsa mengalami sesak nafas dan telah diberi rawatan awal menggunakan tabung oksigen pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.
SH
No comments:
Post a Comment