Pages

Sunday, 29 November 2015

ANGGOTA POLIS CUBA BUNUH DIRI DI LOKAP SPRM KINI STABIL


KOTA BARU: Seorang Inspektor polis negeri ini yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa terbabit rasuah dikejarkan ke hospital selepas melakukan cubaan bunuh diri di lokap SPRM di sini.

Sumber polis berkata, pegawai polis berusia 25 tahun yang sebelum ini pernah ditahan untuk kesalahan sama itu kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Dia ditangkap kerana dakwaan rasuah melibatkan RM15,000, pada 24 November di Rantau Panjang pada pukul 5 petang.

Ketika ditahan di lokap SPRM selama tujuh hari, dia dikatakan telah meminum cecair syampu badan.

Akibatnya, dia telah muntah dan memberitahu seorang pegawai SPRM yang bertugas ketika itu.

Sumber polis berkata, pegawai polis itu telah memberitahu pegawai SPRM berkenaan bahawa terdapat 'suara' yang memberitahunya untuk membunuh diri.

Sumber berkata, doktor yang merawatnya berkata, pesakit mahu mendapatkan rawatan psikiatri walaupun keadaannya tidak bahaya.

Tambah sumber itu lagi, pegawai polis itu juga memberitahu pegawai SPRM bahawa dia mahu mengakhiri hidupnya kerana sudah tidak tahan dengan keadaan teruk selepas dimasukkan ke lokap.

Menurut laporan, pegawai polis itu telah dimasukkan ke wad di hospital dan keadaannya dikatakan stabil.
mStar

No comments:

Post a Comment