Pages

Monday, 30 November 2015

RON95 TURUN 10 SEN MULAI ESOK



Harga bahan api RON95 pada Disember menyaksikan pengurangan sebanyak 10 sen kepada RM1.95 seliter, demikian menurut Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia pada Isnin.

Timbalan Presidennya, Datuk Zulkifli Mokti bagaimanapun berkata harga RON97, diesel dan diesel Euro 5 masing-masing kekal pada harga RM2.45, RM1.90 dan RM2.00 seliter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menetapkan harga petrol dan diesel pada apungan terurus mulai 1 Disember tahun lalu.

PM @NajibRazak ULAS PERTEMUAN NURUL IZZAH - JACEL KIRAM


Tanpa menyebut nama Nurul Izzah,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan perbuatan individu tertentu yang adakan pertemuan  dengan pihak yang mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu pada 2013.
Katanya perbuatan itu bagaikan tidak menghormati perjuangan anggota keselamatan mempertahankan negara sehingga 10 daripada mereka terkorban dalam insiden itu.
"Rakyat Sabah tentu tersentuh hati jika ada sesiapa tidak hormati pengorbanan anggota keselamatan ini... mereka hilang nyawa dengan cara zalim.
"Apatah lagi kalau mereka lihat ada orang yang berbaik-baik dan kelihatan mesra dengan mereka yang mempunyai kaitan menyebabkan anggota keselamatan kita terkorban," katanya.
Perdana Menteri menyatakan demikian ketika berucap di majlis Rela bersama Perdana Menteri di Dataran Taman Tasik Sultan Abu Bakar di Pekan Ahad.
Walaupun tidak menyebut nama individu terbabit, kenyataan Najib itu dipercayai merujuk kepada tindakan Naib Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, berhubung pertemuan kontroversinya dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013.
Berikutan itu, sidang Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan usul menghalang beliau dan seorang lagi Naib Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Batu, Tian Chua daripada memasuki Sabah.
Sementara itu, Najib berkata kestabilan politik yang jitu merupakan asas utama kepada keselamatan negara ketika berhadapan dengan ancaman keselamatan baharu dan lama ketika ini.
"Jika politik dalam keadaan tidak stabil, negara akan bergolak, sama seperti apa yang sedang berlaku di sesetengah negara seperti Syria, Tunisia, Mali dan negara Eropah.
"Jika politik dalam keadaan stabil, soal ancaman keselamatan akan lebih mudah ditangani," katanya.
Perdana menteri berkata hakikat pada masa kini, ancaman keselamatan boleh datang dari pelbagai sudut dan penjuru, serta akan muncul dari semasa ke semasa.
Ini, katanya, termasuk ancaman pemerdagangan manusia, kehadiran pelarian serta penyebaran fahaman keganasan menerusi kumpulan pengganas Daesh.
'Daesh' adalah singkatan nama dalam bahasa Arab bagi militan IS.
Najib berkata ini memerlukan perhatian serius semua pihak lebih-lebih lagi apabila 130 rakyat Malaysia ditahan kerana terlibat dengan kegiatan itu.
"Ini bentuk ancaman yang kita perlu tingkat kesiapsiagaan bukan sahaja pasukan hadapan tetapi juga Rela dan 29 juta rakyat Malaysia untuk mendepani apa jua ancaman keselamatan yang mendatang," katanya.
Sementara itu, Najib berkata anggota Rela yang berjumlah tiga juta orang di seluruh negara bukan sahaja perlu menjadi mata dan telinga kerajaan, tetapi juga tangan kerajaan untuk menjadi benteng mempertahankan keselamatan negara.
Kata beliau, jika polis dan tentera menjadi barisan utama pertahanan negara, Rela pula adalah barisan kedua dalam menjaga kedaulatan dan keamanan negara.
"Terima kasih atas daya usaha untuk terus bangunkan Rela sebagai satu kekuatan tambahan dalam sistem pertahanan negara," katanya.
Dalam majlis yang dihadiri oleh lebih 10,000 anggota Rela dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri itu, Najib turut menyampaikan sumbangan pakaian operasi digital kepada pasukan Rela daerah Pekan.
AgendaDaily-29/11/2015

HUSAM JUMPA DEWAN HARIAN PAS HARI INI

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengesahkan beliau akan mengadakan pertemuan  dengan Jawatakuasa Dewan Harian Pas Pusat‎ hari ini.

‎Ujarnya pertemuan itu akan diadakan di Ibu Pejabat Pas Jalan Raja Laut sekitar jam 2 petang.

"Sekembali saya dari China, saya menerima pesanan whatsapp dari Setiausaha Agung Pas menjemput saya menemui Jawatankuasa Dewan Harian Pas Pusat.

"Saya telah memberikan tarikh 30hb November (hari  ini) untuk pertemuan itu, insya-ALLAH saya akan hadir" katanya dalam satu kenyataan medianya.

‎Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas  Datuk Takiyuddin Hassan menetapkan 24 November lalu untuk mengadakan pertemuan itu, namun ditunda atas sebab faktor kesihatan Husam.

Pertemuan itu diadakan bagi mendengar penjelasan Husam berhubung isu yang dibangkitkan beliau sebelum ini berkaitan pentadbiran Kelantan, dan dakwaan beliau mengenai tindakan Presiden Pas Datuk Abdul Hadi Awang yang mahu mewujudkan kerjasama politik antara Pas dan Umno‎ di Selangor.
SH

AKIM &TACY NIKAH FEBRUARY DI SABAH


SHAH ALAM: Penyanyi Akim Ahmad mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan tunangannya penyanyi Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 25, pada Februari depan di kediaman wanita itu di Sabah. 

Akim, atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 24, berkata, mereka mempercepatkan tarikh perkahwinan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku dalam tempoh pertunangan. 

"Kami percepat tarikh nikah iaitu pada Februari depan kerana saya tidak mahu bertunang lama-lama kerana kalau ikutkan perkenalan kami bukan baru, kami sudah enam tahun berkawan. 

"Bagaimanapun, tarikh nikah saya akan umum bila kad jemputan siap untuk diedar tidak lama lagi," ujarnya kepada mStar Online. 

Akim berkata demikian ketika ditemui selepas persembahan Semi Final Muzik Muzik 30 di Plaza Alam Sentral, di sini, pada malam Ahad. 

Akim berkata, majlis pernikahan akan diadakan di kediaman wanita itu di Penampang, Sabah, manakala majlis resepsi akan berlangsung di rumah keluarganya di Johor Baru. 

Selain itu, kata Akim segala persiapan dan urusan perkahwinan sudah diserahkan kepada pihak keluarga.  
"Persiapan kami sudah buat sedikit-sedikit, cuma yang besar akan diuruskan oleh keluarga, setakat ini segalanya berjalan lancar," ujarnya.

Tambah Akim, dia tidak sabar untuk bergelar suami dan mempunyai sebuah keluarga yang sempurna. 

Sementara itu, Stacy berkata, dia bersetuju untuk berkahwin dalam masa terdekat ini bagi mengelakkan sebarang fitnah ketika tempoh pertunangan. 

"Saya setuju kerana kami sudah lama berkawan dan yang penting keluarga sudah setuju. Lagi pula saya rasa tidak manis bertunang lama-lama kerana kami sering keluar bersama, walaupun atas urusan kerja ia boleh menimbulkan fitnah," ujarnya. 

Akim dan Stacy pada 26 September lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak. 

Stacy memeluk Islam di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor pada 24 Ogos lalu.

AL-FATIHAH : PELAKON YUS JAMBU MENINGGAL DUNIA



KUALA LUMPUR : Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi Isnin.

Pelawak Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, memberitahu berita tersebut menerusi laman sosial Facebooknya.

"Minta kawan-kawan sedekahkan Al Fatihah kepada arwah," tulisnya.

Sementara itu, Afdlin yang dihubungi memberitahu berita tersebut disampaikan oleh salah seorang rakannya iaitu pelakon Angeline Tan.
"Saya tidak tahu terperinci tentang itu, namun berita itu disampaikan oleh salah seorang rakan iaitu pelakon Angeline Tan.

"Katanya, mereka baru pulang dari Konsert Raja Band di Dataran Merdeka dan dalam perjalanan pulang arwah sesak nafas. Jenazahnya masih berada di Hospital Selayang," ujarnya kepada mStar Online.

Allahyarham dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.

Kerjaya seni beliau bermula bila menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 anjuran sebuah televisyen tempatan.

Pada tahun 2007 Yus mencuba nasib di program Raja Lawak terbitan Astro yang pertama kali diadakan dan berjaya menjadi Juara program tersebut pada 11 Mac 2007.

Menerusi pertandingan itu yang diundi peminat secara khidmat pesanan ringkas (SMS), Yus menerima hadiah berupa kereta antik iaitu TD 2000 dan wang tunai RM20,000.

Bagaimanapun tidak lama kemudian Yus menjual kereta kemenangan itu kepada seorang taukeh Cina di Ipoh kerana kesempitan wang akibat tiada tawaran selepas menjuarai pertandingan berkenaan.

Yus juga dalam sebuah artikel turut memberitahu dia terkejut apabila dalam satu pemeriksaan kesihatan, doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung selain tahap kolestrol dalam badan terlalu tinggi.

Pada tahun 2011 pula, Allahyarham bergandingan dengan Tauke dan menyertai Maharaja Lawak 2011 dengan membentuk kumpulan Jambu dan mendapat tempat ke-4 keseluruhan program tersebut.

mStar

Sunday, 29 November 2015

PENDUDUK KAMPUNG IKUTI LATIHAN KECEMASAN, BENTUK PASUKAN BANTUAN BANJIR


KUALA KRAI: Pengalaman pahit akibat banjir besar yang mengakibatkan ramai penduduk terperangkap, takut dan menahan kelaparan ada kalanya membawa kesan baik hingga mendorong merangka pelan sebagai persediaan jangkapanjang.

Itulah yang dilalui penduduk Kampung Laloh di sini apabila mereka membentuk pasukan penyelamat sendiri melibatkan kira-kira 30 penduduk kampung itu.

Hasil usaha bersama, misi mereka dilengkapi dua bot berukuran hampir empat meter sebagai tambahan kepada tiga bot kecil milik penduduk dan 30 jaket keselamatan.

Ahli pasukan itu turut dilatih cara mengendali bot ketika arus kuat dan kaedah menyelamat dalam air.

Semua yang terlibat juga mengikuti latihan kemahiran rawatan kecemasan.

Khusus untuk musim banjir kali ini, mereka menyediakan beg yang lengkap dengan makanan dan barang keperluan yang cukup untuk bekalan beberapa hari.

Selain itu, pasukan itu juga menyediakan sistem amaran bagi memaklumkan penduduk supaya meninggalkan rumah masing-masing dan bergegas ke tempat selamat apabila banjir melanda kampung mereka.

Pada musim tengkujuh Disember tahun lalu, hampir keseluruhan Kampung Lalu dipenuhi air, manakala pusat pemindahan yang disediakan juga dilanda banjir hingga menyebabkan penduduk panik apabila terpaksa dipindahkan sekali lagi.

Akhirnya, hampir semua 2,000 penduduk kampung itu terpaksa bersesak di sebuah sekolah.

Daripada 530 rumah di kampung itu, 433 musnah atau dibawa arus, manakala 150 kereta dan 300 motosikal rosak teruk.

Kini, pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Mercy Malaysia membantu menyiapkan pelbagai kelengkapan untuk penduduk tempatan termasuk bot, alat komunikasi dan kemahiran ikhtiar hidup.

Antara 15 hingga 18 Oktober, sembilan wakil kampung dan 21 lagi dari Kampung Manjur, Kampung Pemberian dan Kampung Karangan dibawa ke UPSI, Tanjung Malim untuk mengikut latihan.

"Mereka dibawa berakit di kawasan arus deras Sungai Sungkai, juga melatih mereka cara menyelamat diri dalam air dan menyelamatkan orang," kata salah seorang pelatih UPSI, Mohamad Hairi Abu Hasan.

Pengarah UPSI, Dr Mastura Muhammad berkata, penduduk kampung berkenaan juga diajar bagaimana merawat luka kecil.

Semua penduduk terbabit kemudiannya pulang ke kampung masing-masing dan menyalurkan ilmu yang diperoleh kepada penduduk kampung mereka.
mStar

ANGGOTA POLIS CUBA BUNUH DIRI DI LOKAP SPRM KINI STABIL


KOTA BARU: Seorang Inspektor polis negeri ini yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa terbabit rasuah dikejarkan ke hospital selepas melakukan cubaan bunuh diri di lokap SPRM di sini.

Sumber polis berkata, pegawai polis berusia 25 tahun yang sebelum ini pernah ditahan untuk kesalahan sama itu kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Dia ditangkap kerana dakwaan rasuah melibatkan RM15,000, pada 24 November di Rantau Panjang pada pukul 5 petang.

Ketika ditahan di lokap SPRM selama tujuh hari, dia dikatakan telah meminum cecair syampu badan.

Akibatnya, dia telah muntah dan memberitahu seorang pegawai SPRM yang bertugas ketika itu.

Sumber polis berkata, pegawai polis itu telah memberitahu pegawai SPRM berkenaan bahawa terdapat 'suara' yang memberitahunya untuk membunuh diri.

Sumber berkata, doktor yang merawatnya berkata, pesakit mahu mendapatkan rawatan psikiatri walaupun keadaannya tidak bahaya.

Tambah sumber itu lagi, pegawai polis itu juga memberitahu pegawai SPRM bahawa dia mahu mengakhiri hidupnya kerana sudah tidak tahan dengan keadaan teruk selepas dimasukkan ke lokap.

Menurut laporan, pegawai polis itu telah dimasukkan ke wad di hospital dan keadaannya dikatakan stabil.
mStar

KONVENSYEN UMNO KELANTAN KALI KE 4 : UMNO YAKIN TAWAN KELANTAN PRU14


BN yakin dapat merampas Kelantan daripada Pas pada PRU14 sekali gus menebus maruah kekalahan parti itu pada 1990.

Keyakinan tersebut disuarakan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan mengambil kira faktor ketiadaan bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kekecohan dalam Pas dengan kewujudan Parti Amanah Negara (Amanah).

Datuk Seri Mustapa berkata, resolusi utama konvensyen kali ini ialah kesemua perwakilan berpendapat dalam situasi terkini ia merupakan peluang terbaik untuk Umno memenangi pilihan raya di Kelantan dan mendirikan sebuah kerajaan.

“Dalam tempoh 25 tahun sebelum ini dengan adanya Nik Aziz sebagai seorang pemimpin Pas yang mana dapat menyatupadukan pimpinan dan ahli ia merupakan penyatuan yang cukup mantap, namun sebaliknya yang berlaku kini.

“Hari ini kita dapati ada ahli Pas yang ingin bersama DAP, ada mahu mengekalkan perjuangan asal untuk memperjuangkan Islam. Maka kita merasakan inilah masa paling sesuai dan terbaik untuk Umno Kelantan mengembalikan maruahnya dan mendirikan kerajaan di Kelantan,” katanya kepada media semalam.

Terdahulu beliau menyempurnakan penutup Konvensyen Umno Kelantan yang melibatkan 2,000 perwakilan di seluruh negeri.

Mustapa juga mengakui, isu-isu nasional yang wujud sejak akhir-akhir ini termasuk 1Malaysian Development Berhad (1MDB), turut mempengaruhi suasana politik di Kelantan.

Bagaimanapun, tindakan dan inisiatif yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kepimpinan negara dalam berdepan dengan isu berkaitan menampakkan hasilnya.

“Awal tahun depan kita yakin ia dapat ditangani. Perpaduan Umno Kelantan dengan semangat tingi dan perpecahan Pas dan wujudnya Amanah, selain selesainya beberapa isu  di peringkat nasional ini memberi harapan  lebih baik di Kelantan,” katanya.

Mustapa juga mengingatkan kepada semua barisan kepimpinan jentera untuk tidak mensia-siakan  peluang yang ada dalam masa dua tahun ini bagi memantapkan  parti di Kelantan.

“Saya dapati  ahli Umno di Kelantan  telah siap sedia untuk berjuang. Perpaduan barisan kepimpinan parti juga kuat,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai konvensyen dua hari berakhir semalam, beliau juga menyambut baik terhadap sokongan dan idea mahupun teguran daripada semua peringkat.

“Yang pentingnya pelan tindakan daripada hasil ucapan semasa konvensyen daripada semua pihak termasuk Himsak, Pemuda, Wanita, Puteri, Veteran Umno dan NGO  perlu diambil diperhalusi yang mana berguna akan dilaksanakan Umno Kelantan,” katanya.

" Politik Ini Bukannya Larian 100 Meter Tetapi Ia Adalah Merathon Jadikan Ia Sebagai Panduan" untuk berpolitik - TSAM
INTIPATI UCAPAN PERWAKILAN 

1.WAKIL JELI
* Perlu pertingkatkan dan tekanan kepada semua guru-guru yg berada di Kelantan supaya menyokong kerajaan

2.WAKIL MACHANG
* 25 Tahun Dibawah Tembok Hijau
* Perlu memperkasakan jentera parti..sebagaimana pejuang Islam Salahuddin Al Ayubi
* Mengikut landasan Islam..pemimpin pasti ada kemuliaan diri.
* Kecaknaan kepada rakyat
* Aidelisma orang muda....mahu melihat tingkah laku pemimpin secara Islam
* Pemimpin perlu muhasabbah diri
* Buat kerja dengan perancangan dan perlaksanaan dengan baik
*  Ancaman golongan muda yg mengancam dlm multimedia sekarang...perangan media lebih kepada pembangkang. UMNO perlu wujudkan gerakkan khas peringkat bahagian Unit Multimedia Cyber

3.WAKIL BAHAGIAN PASIR MAS
* Rakyat Kelantan melihat UMNO ada Dosa kepada rakyat Kelantan kita perlu berubah
* 1946 Konvensyen di Padang Kelab Sultan Sulaiman
mengingatkan semula sejarah..11 Mei 1946 terbentuk UMNO kita perlu masukan roh perjuangan.
* 1990....Kita dibawah pemerintahan PAS...kita perlu wujudkan 5K
1.Kepimpinan...kebijaksanaan memimpin
2. Ketrampilan..watak seorang pemimpin
3. Kekitaan....Jangan ada hasrat dengki
4. Ketaatan..Kesetiaan dan angkur kepada pemimpin
5. Komitmen...tugasan yg harus dipikul bersama demi parti Keramat UMNO

4.BAHAGIAN KOTA BHARU
* 1978 PAS Berpecah dengan BERJASA
* Jangan bimbang dan gusar UMNO tetap memerintah Malaysia dengan kebikjaksanaan Presiden
* UMNO tetap menyokong Presiden
* Semua pemimpin PAS sudah bimbang Kelantan akan dirampas kembali PRU14 ini kerana rakyat sudah hilang keyakinan dengan kerajaan negeri hari ini
* Perkasakan ahli-ahli UMNO dicawangan
* Himpunkan semua pemimpin pemimpin Kelantan diatas pentas
* Laga lagakan PAS dan PAN...sebagai satu strategi supaya rakyat hilang kepercayaan.  kepada pembangkang

5.WAKIL BAHAGIAN BACHOK
* Pastikan isu isu untuk diviralkan biat tepat
* Terutama pertelingkahan diantara pemimpin jangan rakyat mudah menghukum...seperti kata kata Hang Tuah Dan Hang Jebat...."Kata Hang Tuah..Wahai Rakyat rakyat Jelata Sekelian....jangan kamu campuri urusan aku dengan Jebat"
* Bertuah dapat hadir dalam..Majlis ini kerana Allah
* Pengumuman calon diberitahu awal
* Pembentukan jawatankuasa perlu dibentukkan
* Pengundi luar secara sistemetik
* Pastikan bahagian bentuk jawatankuasa khusus kawasan yg kalah
* Kecilkan agency agency persekutuan..kerana kesempatan pembangkang

6.WAKIL BADAN PERHUBUNGAN WANITA KELANTAN
* Kawasan kalah dikatakan kawasan hitam ... perlu diberi pencerahan perlabelan dan peruntukkan
* Dapatkan bantuan dengan agency kerajaan
* Sentuhan Kebajikan....perlu ada peruntukkan
* JR dan JKKKP menghadapi rintangan megenai peruntukkan untuk rakyat bagi kemudahan asas mohon Tok Pa dapatkan peruntukkan khas
* Membela nasib JR dan JKKKP
* Mohon Uniform JR
* Jagalah pekerjaan UMNO baik-baik...

7. WAKIL UMNO BAHAGIAN GUA MUSANG
* Calon yg utama untuk kemenangan....Ketua Bahagian wajib bertanding...yang dikehendaki rakyat
* Orang Kelantan yg pilih calon..Kelantan untuk PRU14..jangan pemimpin luar campurtangan
* Kita perlu tahu dimana KERIS 2314 sebagai senjata untuk digunakan
* Contohilah Gua Musang....belajar dengan mereka yg menang
* Perlu pertingkatkan golongan yg berpendidikan Agama
* Perlu perkasakan golongan HIMSAK Jangan biarkan ia layu..kerana ia adalah pewaris UMNO
* Perkasakan program disetiap program
* Perlu mendisiplinkan diri....kita semua yg hadir konvensyen adalah panglima.. disetiap bahagian
* Setiap bahagian perlu mencontohi Gua Musang tetap pertahankan sehingga akhir hayat inilah kata kata semangat.  yg perlu dicontohi

8. WAKIL BAHAGIAN KETEREH
* Gerak saraf amat penting..sekologi dititik beratkan
* Penyelarasan jentera parti dan agency kerajaan
* Secara Bijaksana menguruskan parti
* Program terancang
* Position diri iaitu sikap....kita sebagai pemimpin
Kesimpulan...perlu tunaikan apa yg kita cakap..dan keberanian dalam berpolitik..

9. WAKIL PEMUDA UMNO NEGERI KELANTAN
* Konsep 4P...yg perlu disuarakan oleh pemuda
* anak muda berkisarkan dgn ancaman global..
* PENGINSAFAN..perjuangan agama bangsa dan negara perlu merealisasikan semula semangat kepada anak muda
* PENYATUAN..perlu ada setiap pemimpin...pemuda mohon supaya dlm menufesto akan datang " Pemuda inginkan 50% masukkan tentang pembangunan Rohaniah dan Jasmaniah
* PENGURUSAN.. terutama isu isu semasa..

10. WAKIL BAHAGIAN TUMPAT
* Perlu berikan peruntukkan untuk mewijudkan propagandis yg sebagaimana dilaksanakan oleh pembangkang
* Menitik beratkan pegawai kerajaan yg menentang kerajaan
* Jangan cuba pertikaikan jika mewujudkan sesuatu badan bagi membantu UMNO demi PRU14
* Persiapan awal untuk menuju PRU14
* Ketua Bahagian sebagai Jurulatih
* Cadangan hari ulangtahun UMNO..adakan disemua peringkat
* Perlu kaji semula parlimen tumpuan dan bukan tumpuan

11. WAKIL BAHAGIAN TANAH MERAH
* Ketua Bahagian Bergerak sebagai 1 pasukan
* Pendekatan bersasar..untuk kenal pasti..PERMATA MAHASISWA....PERSATUAN IBU TUNGGAL..PENGUNDI LUAR PEELU MENDEKATI...MENDEKATI PARTI KOMPENEN...PROGRQM BANTUAN
* Perlu jawap isu- isu dengan cepat di peringkat Nasional
* Perkasakan Media Sosial untuk pengundi luar
* Jangan beri tumpuan pengundi liar hanya di Kuala Lumpur kerana ia ada diseluruh negeri
* Kekurangan ICON dalam UMNO..contoh Dato Dr Asraf Wajdi....
* Berpolitik ni kena tahu apa peranannya...kena kenal pasti bersesuaian dgn jawatan dan tanggongjawab
* Perlu ambil tindakan kepada pekerjaan kerajaan dan perlu tanya sewaktu temudugah

12.WAKIL BAHAGIAN PASIR PUTEH
* Formula..untuk kemenangan SOLIDARITI yg amat penting Peringkat Naaional..Perhubungan dan Bahagian jangan ada Dusta diantara kita
* Generasi Y perlu banyakan program- program
* Saluran 3 dan 4 perlu di perkasakan dan fokus untuk kemenangan
* Strategi pulau orang PAS....dlm semua bentuk kemudahan supaya mereka sedar..
* Kemudahan pembangkang banyak dari org UMNO..keutamaan kepada orang UMNO dahulu jika ingin kemenangan
* Nayalakan obor perjuangan kita dibawah pimpinan Dato Pa
* Kembalikan projek projek kepada Dun- dun kalah
* Kumpulkan agency kerajaan sebagai jentera parti..dan ubahkan minda pegawai supaya menyokong kerajaan...
* Gurulah ramai penyokong pembangkang sila ambil tindakan....jadikan KB dan AJKB sebagai rakan dlm perjuangan untuk kemenangan PRU14
* Calon perlu yg berkualiti
* Winning sekologi..

13. WAKIL BAHAGIAN KUALA KRAI
* Konvensyen membuat ketetapan..dlm kawasan masing masing
* Badan perhubungan sebagai integriti memebela rakuyat Kelantan
* Pemuda dan Puteri sebagai Wasitah perjuangan
* Sediakan peeuntukkan Kpd JR
* Menggunakan Agency sebaik mungkin dgn jawatan yg ade
* Tanpa ada penyelaras setiap bahagian
* Pastikan pengundi luar sentiasa di aplikasi oleh badan perhubungan
* UMNO bawahan dan pertengahan menggunakan masjid dan surau digunakan dgn ikhlas dan mendaulatkan sebagaimana perlembagaan
* Pemilihan calon ditentukan oleh badan perhubungan negeri

14. WAKIL BAHAGIAN MUBARAK
* Orang Muda sudah boleh menerima UMNO dgn adanya pengundian peringkat Universiti dgn kemenangan
*  1MDM sudah nampak kemenangan
* GST rakyat sudah boleh terima
* 2.6 Bilion sudah hampir selesai dan kenyataan 
* JAKIM mesti akur kepada menteri
* Muda mudi perlu wujudkan cyber nextwork..
* Perkukohkan wasatiah 
* 1968 JAKIM diwujudkan perlu dipertahankan

15. WAKIL KETUA PUTERI NEGERI NEGERI KELANTAN
* Menyokong penuh PM dan Tok Pa
* Puteri turut mengaturkan strategi untuk PRU14
* Puteri perlu aktif dalam alamaya untuk golongqn muda (SEMUT API) 
* Mohon mengilap dan membimbing pemimpin muda dalam politik
* Mohon menyalurkan peruntukan kepada puteri peringkat perhubungan dan bahagian
* PERLU BERSATU HATI

16. WAKIL BAHAGIAN PENGKALAN CHEPA
* Untuk bersama dengan kepimpinan perhubungan dan strategi untuk kemenangan PRU14
* Perlu ada jati diri pada setiap jenterq
* Perlu ada kepercayaan kepada golongan muda
* Maklumat perlu diberi kepada guru- guru..dan staf JPP kerana ramai pembangkang sebagai penjawat.
* Pengorbanan dan strategi amat penting

17. WAKIL BAHAGIAN RANTAU PANJANG
* Media Sosial..menggunakan dengan relevan dan berfakta jgn beretorik
* Perlu mamatahkan hujah hujah pembangkang dgn bijaksana..jgn beremosi
* Mengkritik boleh jgn keterlaluan
* Seram habis habisan PAS kerana mereka seram juga UMNO
* YB PAS akan berpecah lagi...Demo Tanya Ambo Jawab
* Kenal siapa lawan siapa kawan

18. WAKIL BAHAGIAN KUBANG KERIAN
* Orang-orang UMNO cintakan dunia yg dikatakan oleh pembangkang...kita perlu berubah..
* Perlu buangkan sifat dengki
* Kubang Kerian mohon perhubungan dan JPP perlukan peruntukkan untuk melaksanakan gerakan
* Jangan dipinggirkan walaupun parlimen kalah...dan membezakan dengan yg menang
* Perlu pertimbangan dgn apa yg dipohon
* Daftar pemilih sentiasa dilaksanakan..yg berselogankan MENYATU BERSATU DAN MENGUKOH

19. WAKIL HIMSAK (Himpunan Siswa Anak Kelantan) ORANG MUDA
* 500,000 Biasiswa seluruh Malaysia
* Generasi G Google untuk anak muda
* Golongan yg akan mendomibasikan PRU14 nanti
* 2.67 Bilion salah satu peruntukkan banyqk kepada anak muda
* Menang 58 anak anak kelantan menjadi perwakilan pelajar
* Mewujudkan Institut anak-anak muda Kelantan
* Perlu tunjukkan pendedahan kepada HIMSAK ancaman ancaman yg boleh mengugatkan negara
* Membendungkan program- program tak bermenafaat
* Adakah rancangan rancangan Ilmiah yg bermunafaat
* Pertingkatkan Bahasa Inggeris untuk mahasiswa anak Kelantan
* Mewujudkan Tabung Kewangan Khas untuk pelajar luar negara
* Anak muda berharap agar PRU14 ini milik Kelantan

20. WAKIL VETERAN UMNO
* Mohon mengharapkan kemenangan PRU14
* Perlu adakan pengundi baru..dan daftar pemilih jika ingin kemenangan
* Perlu kuatkan kerja
* Buangkan sifat Ego seseorang pemimpin
* Veteran di tubuhkan oleh UMNO Malaysia seluruh Negara
* Guna pakailah AJK Veteran UMNO idea dan pandangan
* Moto'  VETERAN UMNO PEMANGKIN PEMIMPIN UMNO 

21. WAKIL BEKAS CALON YANG KALAH
* Jangan memberi alasan kita seorang politik jika rakyat ingin pertolongan...


UCAPAN PERGULUNGAN YAB DATO SRI MISTAPHA MOHAMMED Selaku Pengerusi Perhubungan Negeri Kelantan

* Kita pasti boleh merampas kelantan selepas ketiadaan Nik Aziz
* PAN Parti Ahli Neraka
* Mencukil bakat-bakat baru dan icon UMNO yg cukup hebat berpidato
* UMNO Kelantan ada pelapis muda yg hebat salah satu yg dapat dlm konvensyen
* Politik baru era boleh berubah dgn perkasakan media soasial
* Ambil tindakan dan pelan tindakan untuk bangunkan UMNO Kelantan..demi PRU14
* Perwatakan calon perlu diambil kira
* Banyak isu besar pweringkat Nasional dapat diselesaikan pada tahun hadapan
* UMNO Kelantan tetap perhebatkan serangan terhadap pembangkang
* Hari ini hari bersejarah konvensyen yg terbaik 2015 kali ke 4 semacam peringkat antarabngsa
* Tok Pa amat berpuashati dgn ucapan ucapan dari jurucakap bahagian masing masing
* Baliklah nkonvensyen ini dgn semangat perjuangan
* UMNO akan adakan dua lagi Konvensyen akan datang demi perjuangan UMNO Kelantan