KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat terus hangat dengan isu penggunaan rokok elektronik (vape) apabila terkini Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata ia akan diharamkan.
Katanya, kerajaan sedang berbincang dan mengambil langkah dari segi perundangan untuk mengharamkan vape yang menjadi kaedah alternatif untuk perokok tegar berhenti merokok itu.
“Pelan jangka masa panjang adalah untuk mengharamkan ‘vape’, kita sedang mengerakkan usaha dari segi undang-undang, bagaimana untuk melaksanakannya.
“Kita sedang kaji beberapa langkah bersama kerajaan dan kementerian, kita akan pilih langkah yang paling sesuai," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Rabu.
Dr Subramaniam berkata, kementeriannya masih berbincang dengan pelbagai agensi dan pihak berkepentingan untuk mendapatkan pandangan mengenai kesan kaedah merokok ini terhadap kesihatan.
Mengenai pandangan peribadinya berkaitan ‘vape’, Ahli Parlimen Segamat itu mahu penggunaan rokok elektronik yang kini menjadi fenomena diharamkan serta merta.
“Kalau ikut saya, ia perlu dilaksanakan secepat mungkin. Sebab saya rasa kita perlu hentikan ini sebelum ia menjadi isu besar,” katanya.
Terdahulu, timbalannya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dalam Dewan Rakyat memaklumkan bahawa 'vape' gagal menghentikan perokok tegar daripada menghentikan tabiat buruk mereka itu.
Jelasnya, kebanyakan mereka yang berhasrat berhenti merokok pada mulanya berjaya meninggalkan tabiat itu dengan menggunakan vape tetapi berakhir dengan menghisap kedua-duanya, rokok dan vape.

Mstar
No comments:
Post a Comment