Pages

Saturday, 10 October 2015

KEMALANGAN : LEBUHRAYA PLUS TERHALANG DUA ARAH



SHAH ALAM - Sebuah lori kontena terbabas lalu melanggar struktur papan tanda di KM399.6 Lebuhraya Plus arah utara sehingga mengakibatkan struktur papantanda tersebut   tumbang lalu jatuh ke atas sebuah kereta yang datang dari  arah selatan. 

Menurut hebahan laman sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),  kejadian tersebut menyebabkan semua lorong terhalang di kedua-dua arah.

"Pihak Plus Berhad memaklumkan tiga mangsa maut dilokasi, dua lelaki dan seorang perempuan (pemandu, penumpang kereta).

"Trafik terhenti  sepanjang 2km menghala lokasi dikedua-dua arah. Kejadian masih belum selesai sepenuhnya," katanya.

Orang ramai diminta menggunakan laluan alternatif arah selatan keluar melalui Behrang dan laluan alternatif arah utara keluar melalui Tanjung Malim.
SH



No comments:

Post a Comment