Pages

Thursday, 1 October 2015

BENDERA PALESTIN BERKIBAR MEGAH BUAT PERTAMA KALINYA DI PBB


PBB – Bendera kemegahan Palestin buat pertama kalinya dikibarkan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Rabu ketika pemimpinnya, Mahmud Abbas, menggesa keanggotaan penuh diberikan dan memberikan amaran bahayanya sengketa agama dimainkan oleh pihak-pihak bersengketa.

Selain Mahmud, turut hadir, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon di malis menaikkan bendera itu, ketika wilayah itu sedang bergolak dengan ketegangan yang tertumpu di sekitar Baitulmaqdis.

“Pada detik bersejarah ini, saya menggesa semua warga Palestin mengibarkan bendera Palestin setinggi mungkin kerana ia adalah lambang identiti kita,” kata presiden Palestin yang berusia 80 tahun itu. “Ini hari yang membanggakan (rakyat Palestin).”

Sementara itu Israel dan Amerika Syarikat yang mengundi membantah pengibaran bendera itu berkata majlis simbolik itu tidak membantu kearah keamanan.

Pada Rabu, quartet diplomatik mengenai isu Palestin-Israel yang mengadakan pertemuan di New York, bersetuju untuk mencari penyelesaian politik kepada konflik itu.

“Ini adalah waktunya untuk mengembalikan keyakinan buat Israel dan Palestin untuk mencapai persetujuan bersama secara aman, termasuk merealisasikan kewujugan dua negara untuk kedua-dua bangsa,” kata Ban di Majlis itu.

Mereka yang hadir di majlis itu termasuk Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius, diplomat dari seluruh dunia dan wartawan memberikan sorakan sejurus bendera Palestin dengan warna merah, putih dan hijau berjaya dikibarkan.

Majlis turut disaksikan dengan penuh gembira rakyat Palestin termasuk di Ramallah, wilayah yang diceroboh Yahudi.
AstoAwani

No comments:

Post a Comment