Pages

Tuesday, 6 October 2015

AMBIL PERHATIAN INFO INI !!!



Perkongsian ini saya dapati dan kongsikan dari group wassap dan telegram mengikut pemahaman dan ayat saya sendiri:-

1. Jika anda ingin kurus dan tiada selera makan, cuba cari dan makan hempedu bumi. Insyaalah selera makan anda akan berkurang selama 3 ke 4 hari.


2. Jika anda mempunyai ahli keluarga atau rakan-rakan yang meminati air berkarbonat walau pun air isotonik. Nasihatkan mereka untuk berhenti kerana kandungan gula di dalam air berkarbonat hampir sama dengan 14 gelas teh tarik yang manis.

3. Dikatakan 70% punca penyakit BARAH ATAU KANSER PAYUDARA adalah berpunca dari sikap pemarah dan panas baran pesakit sendiri (jika bukan ketika mereka tua, mungkin ketika mereka muda). Andai di takdirkan pesakit kanser sembuh, sila pastikan pesakit menjaga emosi (emosi amat berkait rapat dengan penyakit kanser yang telah sembuh, jika tidak pandai menjaga emosi, penyakit kanser akan kembali menyerang).

4. Wanita mempunyai hormon progesteron dan estrogen. Hormon progesteron terdapat pada ovari dan estrogen pada tulang.

5. Dikalangan wanita yang melebihi berat 60kg ,  dikatakan 85% daripadanya mempunyai RISIKO KETUMBUHAN. Jaga berat badan ideal anda.

6. Walau info ini membuatkan saya tertanya-tanya. Tetapi dikatakan bahaya wanita tidak boleh menikmati 3 jenis ikan iaitu ikan pari, ikan bawal hitam dan ikan terubok.  Ikan pari dikatakan mempunyai banyak toksik kerana hidup di dasar laut dan boleh menyebabkan kanser sebanyak 70%. Ikan bawal hitam dan terubok pula dikatakan mempunyai bias yang menyebabkan penyakit. Jika anda teringin menikmati ikan bawal. Pilih ikan bawal putih. Wallahualam.

** walau bagaimana pun saya pernah ditegur oleh penjual ikan bakar pari , bahawa ikan pari boleh menyebabkan kurap kepada kucing jika kucing memakan ikan pari.

7. Jika wanita itu mempunyai keputihan dan keputihan itu berwarna HIJAU. 99% tanda itu menunjukkan wanita tersebut menghadapi kanser ovari. Jika keputihan berwarna putih kekuningan kemungkinan mempunyai kanser serviks. Serviks atau rahim yang terkeluar (tombong atau prolapsed) biasanya terjadi kepada wanita yang melahirkan anak secara normal lebih dari 5 orang. Mintak di jauhkan. Insyaalah.

8. Selama ini saya hanya mengetahui bahawa pengidap buasir TIDAK BOLEH MAKAN PEDAS. Tetapi info ini memberitahu individu yang menghidapi buasir juga tidak boleh makan makanan dan minuman yang berkaitan dengan limau nipis, tomyam dan cili padi. Saya tidak pasti apa kaitan tomyam dengan buasir, MUNGKIN TOMYAM YANG PEDAS.

9. Gosip mengatakan sakit gout itu 7x ganda dari sakit gigi. Jadi pastikan anda menjaga tubuh anda dari terkena sakit gout.

10, Jika anda mempunyai atau menghidapi PENYAKIT, periksa apa makanan kegemaran anda. Makanan yang paling anda gemari biasanya merupakan punca kepada penyakit anda.

11. Dikatakan mereka yang menghadapi masalah atau sakit tulang serta mengambil ubat cair darah TIDAK BOLEH menikmati makanan berasaskan kacang seperti kicap, air soya, tempe , kacang panjang dan segala jenis kacang yang ada di dunia ini. Wallahualam. Mungkin ada sesiapa boleh memberitahu apakah benar info ini.

12. Pesakit Kanser Paru-paru , 95% daripadanya terdiri dari perokok.

13. 95% KANSER BERLAKU KERANA STRESS.

14. Tapak tangan kanan mempunyai 18 enzim dan tapak tangan kiri mempunyai 81 enzim yang mampu membunuh bakteria.

15. Kunyahan yang banyak ketika makan akan membantu anda kurus. Kunyah ikut sunnah Rasullah SAW, 40-100 KUNYAHAN.

16. Jika anda ingin mandi, mulakan dari bahagian kaki (untuk mengelakkan sakit gout), kemudian kepala lutut (untuk mengelakkan sakit lutut), tempat sulit (untuk mengelakkan cyst), pinggang (untuk mengelakkan sakit pinggang, serviks yang sihat), perut (untuk mengelakkan buasir dan sakit gastrik,ulser, sembelit), dada (untuk elak sakit jantung dan paru-paru) dan akhiri dengan kepala( untuk mengelakkan migrain). Kemudian mandi seperti biasa.

17. Untuk mengelakkan kolesterol tinggi dalam badan mandi sebelum subuh. Cara ini juga dikatakan membantu mengurangkan lemak dalam badan.

18. Tidur ikut sunnah mengiring ke sebelah kanan dan sebelah kiri di bahagian atas dikatakan dapat mengelakkan sakit jantung.

19. Kelebihan sujud selepas solat subuh ialah ia membantu mengurangkan sakit kepala dan migrain.

20. Lelaki lebih mudah terkena penyakit jantung berbanding wanita kerana wanita mempunyai hormon estrogen yang melindungi jantung.

21. Untuk mengurangkan risiko penyakit jantung pastikan bubuh banyak bawang putih di dalam masakan. Pesan kepada ibu atau isteri anda.

22. Kulat harimau di percayai membantu untuk menyembuhkan sakit kanser payudara. Boleh cari di kawasan orang asli.

23. Nikmati petai hanya 7-8 biji sehari kerana petai dikatakan mengandungi kolesterol yang tinggi.

24. Jika hormon isteri tidak stabil, anda boleh menikmati gum arabic atau pun kacang botol.

25. Ia terbukti BUAH DELIMA amat bagus untuk ibu hamil. Amalkan.

26. Tidak pasti sama ada info ini benar atau tidak, dikatakan epal hijau boleh menyebabkan kita mudah menjadi pelupa. Jadi kurangkan menikmati epal hijau.

27. Epal merah pula dikatakan bagus untuk ibu hamil dan pesakit asma. Nikmati epal merah 2 biji sehari.

28. Jus lobak putih amat bagus untuk pesakit kencing tidak lawas. Amalkan menikmati jus ini 2x seminggu.

29. Antara rawatan kolesterol tinggi , ambil akar pokok semalu dan rebus serta minum air rebusan tersebut.

Ini sahaja yang boleh saya kongsi kali ini dengan anda. Terima kasih atas mereka yang berkongsi info ini. Saya menulisnya kembali menggunakan ayat dan kefahaman saya.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment