KOTA BHARU: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed menyertai himpunan Bersih 4 yang dikategorikan sebagai haram menjadi teladan tidak baik untuk anak muda.
"Tidak wajarlah kerana Tun orang yang keras menentang demonstrasi jalanan. Ini sudah pasti memberi kesan teladan yang tak baik kepada anak muda," kata Mustapa selepas beramah mesra di Majlis Minggu Mesra Mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini petang tadi.
Beliau turut menyifatkan ada kaedah lain selain demonstrasi jalanan boleh dijadikan platform untuk menyuarakan tuntutan.
Pada masa sama, beliau berkata sekiranya perhimpunan berlangsung aman, ia tidak akan menjejaskan imej Malaysia di mata pelabur asing.
"Setakat ini pelabur melihat Malaysia sebuah negara yang mampu mengekalkan perpaduan dan keamanan dan jika berlaku perkara tak diingini akan menjejaskan imej negara," kata beliau.

No comments:
Post a Comment