Pages

Friday, 5 June 2015

PROGRAM #Nothing2Hide DIBATALKAN ATAS FAKTOR KESELAMATAN


KUALA LUMPUR: Program 'Dialog PM Bersama NGO' yang dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi, pada Jumaat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibatalkan demi ketenteraman awam dan keharmonian negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pembatalan tersebut di dalam twit terbarunya.

Program itu adalah bertujuan bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merungkaikan segala persoalan rakyat termasuk menjawab pelbagai persepsi negatif yang dilemparkan kepada beliau.

Ia adalah program anjuran Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) dan turut menggunakan hashtag #Nothing2Hide dalam promosinya.

No comments:

Post a Comment