Pages

Sunday, 31 May 2015

SEMUA JENIS MINYAK NAIK 10SEN SELITER BERKUATKUASA 1 JUN

minyak

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Jun 2015 naik 10 sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 (RM2.35 seliter) manakala diesel (RM2.05 seliter).

"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Jun ini," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Harga minyak sejak Disember lepas telah ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal yang mana tiada lagi subsidi bagi RON95 dan RON97 memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam.

Sejak mekanisme itu dilaksanakan, harga minyak telah berubah sama ada meningkat dan menurun dari satu bulan ke satu bulan berikutnya.
   
Menerusi sistem itu, kerajaan akan mengira harga purata bagi bulan tertentu dan menetapkan harga untuk bulan berikutannya. Langkah pengapungan terkawal harga minyak itu diambil oleh kerajaan kerana harga minyak mentah dunia telah menurun ke paras yang mana subsidi tidak diperlukan.

Pemansuhan subsidi pukal minyak itu akan mengelakkan negara kerugian berbilion ringgit akibat aktiviti penyeludupan dan pembelian minyak oleh warga asing yang tidak layak menerima subsidi ditanggung pembayar cukai.
   
Mekanisme pengapungan terkawal ini juga dijangka akan membawa penjimatan yang besar kepada kerajaan, dan penjimatan ini bakal disalurkan semula kepada rakyat Malaysia. - Bernama

No comments:

Post a Comment