Pages

Sunday, 24 May 2015

PAS ADA DHPP, TAK PERLU DAP


PETALING JAYA: PAS tidak perlukan DAP untuk memberi kefahaman kepada orang bukan Islam berkaitan dasar dan perjuangan parti itu, kata Nasrudin Hassan Tantawi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, parti itu akan memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebagai alternatif untuk mendekatkan diri kepada golongan bukan Islam.

"Tatkala DAP jelas jual mahal, DHPP kan ada. Pastikan DHPP dapat ditubuhkan di semua kawasan dan aktifkannya sebagaimana aktifnya dewan-dewan yang lain di peringkat cawangan, kawasan, negeri dan kebangsaan.

"Saya yakin, saat DAP tunjuk sikap payah nak berkira dan sering menyerang PAS, fenomena baru akan muncul di mana DHPP akan tubuh semarak diseluruh negara," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Ahad.

Sebelum ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan partinya sedia untuk memutuskan hubungan dengan DAP ekoran sikap pemimpin parti itu dalam membentuk kabinet bayangan.

Menurut Hadi, DAP bukan satu-satunya parti yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini, sebaliknya PAS turut mempunyai sokongan kelompok melalui DHPP.

Mengulas lanjut, Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, sikap DAP yang secara konsisten menolak perjuangan PAS tidak mewakili masyarakat bukan Islam secara keseluruhannya.

"Tidak semua non Muslim menolak PAS. Meskipun DAP begitu ghairah mencari dan mencipta alasan untuk menolak perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, nyata sikap DAP itu bukanlah mewakili keseleluruhan non Muslim, terutama yang mendapat maklumat dan kefahaman yang betul mengenai perjuangan PAS," katanya.

No comments:

Post a Comment