Seorang bayi yang baru berusia dua hari dipaksa ‘berjalan’ oleh seorang dukun wanita, kononnya untuk mengubati demam panas yang dihidapi kanak-kanak itu.
Video yang dirakam seorang lelaki menunjukkan dukun berkenaan memegang tengkuk kanak-kanak itu dan memaksanya berjalan di depan puluhan penduduk kampung di daerah Morigaon, Assam (India)
Ibu bapa bayi itu membawa anak mereka kepada wanita berusia 50-an itu kerana percaya dia boleh mengubatinya.
Mereka diarah menanggalkan lampinnya sebelum dukun itu melakukan ‘ritual’ berkenaan yang didakwa untuk menurunkan suhu badannya.
Bayi itu menangis sekuat-kuatnya sepanjang ritual itu.
hmetro
No comments:
Post a Comment