Alor Setar – “Saya lihat polis mengepung kereta Honda City warna kelabu penjenayah itu dan mengarahkan keluar, namun mereka mengundurkan kereta menyebabkan beberapa das tembakan dilepaskan,” kata pekerja sebuah stesen minyak yang ingin dikenali sebagai Sufian, 24, menceritakan detik cemas adegan berbalas tembakan di stesen minyak di Kuala Kedah, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.54 pagi itu, tiga lelaki lingkungan 20-an yang amat dikehendaki polis kerana terbabit dalam sindiket samun dan curi kereta mewah dikepung Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman di stesen minyak itu, namun gagal apabila mereka berjaya melarikan diri.
Malah, suspek turut menyamun sebuah kereta Proton Persona merah milik seorang lelaki di stesen minyak di Pendang jam 1.15 petang.
Sufian berkata, ketika kejadian, dia sedang mengisi minyak kenderaan pelanggan sebelum kereta suspek masuk ke stesen minyak itu, namun sebaik menyedari kehadiran polis mereka terus mengundur kereta sehingga terlanggar pembahagi jalan.
“Selepas itu terdengar beberapa das tembakan menyebabkan saya dan beberapa pelanggan berlari masuk ke dalam kerana bimbang dengan keselamatan diri,” katanya.
No comments:
Post a Comment