Pages

Sunday, 12 April 2015

BENARKAH TUN M AKAN DILANTIK KETUA PEMBANGKANG ???

IMG-20150407-WA0010

Tun Dr Mahathir Mohamad akan dilantik sebagai ketua pembangkang jika berjaya memenangi kerusi Parlimen Rompin kelak. Keputusan ini khabarnya telah dipersetujui oleh Pakatan Rakyat dalam mesyuarat membincangkan strategi menghadapi PRK Permatang Pauh & Rompin di Petaling Jaya malam tadi.

Sudah hampir pasti Mahathir akan bertanding di atas tiket PKR dan ia juga telah mendapat persetujuan Ketua Umum. Urusan membawa masuk negarawan itu ke dalam parti tersebut sedang diuruskan bersama-sama dengan anaknya yang juga aktivis PKR, Marina. Paling cepat Mahathir akan menyertai PKR adalah pada awal minggu depan atau setelah tarikh penamaan calon untuk Parlimen Rompin diumumkan SPR.

Mahathir bagaimanapun meletakkan syarat untuk tidak diberi apa-apa jawatan dalam parti tersebut kerana beliau tidak berminat untuk kembali aktif dalam politik dan bertanding semula semata-mata untuk menjatuhkan Najib. Pakatan Rakyat tidak ada masalah untuk bersetuju dengan cadangan ini kerana sama seperti Mahathir, PKR juga berkongsi matlamat yang sama – menjatuhkan Najib.

Keputusan Mahathir untuk menyertai PKR dibuat setelah calon pilihan Mahathir untuk menggantikan Najib, Muhyiddin Yassin dilihat tidak begitu berminat untuk menentang Najib dan lebih selesa dengan keadaan dan jawatannya sekarang. Mahathir juga tidak mendapat sokongan ahli-ahli UMNO termasuk dari negeri asalnya sendiri, Kedah.

Oleh itu, keputusan menyertai parti pembangkang dilihat sebagai jalan terbaik. Untuk makluman, bukanlah satu keadaan yang luar biasa untuk orang pada usia Mahathir bertanding dalam pilihanraya. Bekas Perdana Menteri SIngapura, Lee Kuan Yew juga menjadi ahli parlimen sehingga ke akhir hayatnya, mewakili Parlimen Tanjung Pagar.
utaranews

No comments:

Post a Comment