Pages

Saturday, 21 March 2015

SURAT PERAKUAN NIKAH ANAK PM @NajibRazak DI LAMAN SOSIAL ADALAH PALSU - JAWI



Surat perakuan nikah anak PM di laman sosial adalah palsu - JAWI
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini menjelaskan surat perakuan nikah anak perempuan perdana menteri, Nooryana Najwa Najib dan pasangannya Daniyar Kessikbayev, yang tersebar di media sosial, adalah palsu.

Pengarah JAWI Paimuzi Yahya berkata maklumat mengenai mas kahwin dan jumlah hantaran yang tertera pada surat perakuan nikah itu adalah tidak benar selain sijil berkenaan tidak ditandatangani pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk JAWI.

"Pihak JAWI ingin menegaskan bahawa surat perakuan nikah berkenaan adalah palsu," katanya dalam kenyataan di sini. JAWI turut menyertakan salinan surat perakuan nikah palsu yang dilaporkan viral di media sosial dan salinan surat perakuan nikah asli bersama-sama kenyataan itu.

Kandungan dokumen palsu itu antara lain menyatakan nilai mas kahwin ialah RM111 dan jumlah hantaran sebanyak US$500,000.

Surat perakuan nikah anak Perdana Menteri yang tersebar di media sosial

Salinan dokumen asli yang diperoleh daripada JAWI memaparkan nilai mas kahwin ialah sebanyak RM5,000 tanpa menyatakan belanja hantaran.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyempurnakan sendiri akad nikah pasangan itu dalam satu majlis di Putrajaya semalam.

Nooryana Najwa dan Daniyar mula berkenalan ketika kedua-duanya menuntut di Amerika Syarikat.
AstroAwani

No comments:

Post a Comment