Pages

Sunday, 8 March 2015

MINUMAN KOPI BAIK UNTUK JANTUNG


Ini berita baik untuk penggemar kopi.
Kajian terbaru yang dijalankan di Korea Selatan mendapati penggemar kopi yang minum antara tiga hingga lima cawan kopi sehari mempunyai kurang risiko arteri tersumbat yang boleh menyebabkan masalah jantung.
Hasil kajian itu pasti memberi berita gembira kepada 'penagih kopi' kerana beberapa kajian sebelum ini juga mengaitkan minuman itu dengan penurunan risiko multiple sclerosis (penyakit saraf), parkinson dan Alzhemers.
Kajian berkenaan dijalankan terhadap 23,100 orang responden lelaki dan wanita Korea Selatan berusia secara purata 41 tahun yang kerap menjalankan pemeriksaan kesihatan.
Tidak ada dalam kumpulan kajian itu mengalami masalah kardiovaskular tetapi satu dalam tujuh orang responden mempunyai kalsium arteri jantung (CAC) - petanda awal mengalami masalah kardiovaskular atau aterosklerosis.
Aterosklerosis terjadi apabila berlaku sebatian berlilin dipanggil plak pada sebatian dinding arteri yang mengehadkan aliran darah dan berpotensi mencetuskan darah beku berbahaya.
Paras CAC yang paling tinggi adalah dalam kalangan responden yang mengambil kurang daripada satu cawan atau lebih daripada lima cawan kopo sehari, menurut kajian itu.
Ia merupakan paling rendah dalam kalangan penggemar kopi yang minum antara tiga dan lima cawan.
Bagaimanapun spesifikasi saiz cawan tidak dinyatakan.
Penyelidik berkata, keputusan itu adalah sama bagi semua populasi sub-kumpulan tanpa mengira usia, jantina, status merokok, lemak badan, pengambilan alkohol dan paras tekanan darah.
"Pengambilan kopi sederhana dikaitkan dengan kelaziman yang lebih rendah subklinikal aterosklerosis," kata kajian yang diterbitkan dalam jurnal Jantung.
Kajian lanjutan perlu dilakukan bagi menerangkan mengapa kopi bersifat melindungi dan hasil kajian itu juga sama bagi kumpulan populasi lain.
Para penyelidik memberi amaran bahawa "keputusan kajian adalah berdasarkan sampel yang sihat, berusia pertengahan berpendidikan baik dan mungkin tidak terpakai kepada penduduk lain," katanya.
Kajian terkini itu sekali gus menepis pelbagai gambaran mengenai kopi dan impaknya kepada kesihatan.
Analisis pada tahun 2014 yang melibatkan 36 kajian mendapati pengambilan kopi yang sederhana - juga ditakrifkan antara tiga hingga lima cawan sehari - dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung.
Kajian lain pula menyatakan ia juga mengurangkan risiko diabetes Tahap 2 tetapi pengambilan minuman itu boleh menyebabkan peningkatan kolestrol dan tekanan darah - kedua-duanya berita buruk untuk kesihatan jantung. - MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment