Pages

Thursday, 5 March 2015

6 KANAK-KANAK YANG DIBESARKAN OLEH KELUARGA HAIWAN

Amala-and-Kamala

Kisah kanak-kanak dibesarkan oleh haiwan liar mungkin sesuatu yang biasa kita dengar atau baca melalui buku-buku fiksyen kanak kanak. Namun tahukah anda ada juga kes yang serupa telah berlaku dan enam orang kanak-kanak ini adalah antara peristiwa yang telah direkodkan.
space
space

wild_animals_02
space
Vanya Yudin atau lebih dikenali sebagai “Budak Burung” seorang budak lelaki di Russian ditemui di sebuah apartmen yang dipenuhi dengan burung dalam sangkar pada usia tujuh tahun. Difahamkan bahawa ibu kanak kanak malang ini mengabaikannya dan dibesarkan tanpa komunikasi dengan manusia.

Vanya ketika ditemui seakan akan sedang berkomunikasi dengan burung burung disekelilingnya dengan membuat bunyi seakan akan kicauan burung serta mengepakkan tangannya. Pada tahun 2008, kerajaan Russia telah mengambil alih hak penjagaan dan kini dalam pemulihan.
spacespace
space
daniel-andes-goat-boy
Daniel ” Budak Kambing” seorang kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan di Pengunungan Andes terletak di Amerika Selatan. Tanpa sebarang kemungkinan untuk berinteraksi dengan manusia, Daniel membesar bersama kawanan kambing dipergunungan tersebut selama lapan tahun dan hanya memakan buah-buahan serta akar tumbuh-tumbuhan.

Ditemui pada tahun 1990, oleh kerana terbiasa berjalan dengan mengunakan kaki dan tangan seperti haiwan berkaki empat, pertumbuhan postur tulang anak kecil ini telah terbantut.

Tidak banyak yang diketahui mengenai daniel selepas beliau diselamatkan.
space
rando-ppicture-55
Kisah ini tidak dapat dipastikan kesahihannya, namun cerita tentang seorang gadis misteri yang dilihat pada tahun 1845 sedang melapah daging kambing segar bersama kawanan serigala ini antara kisah yang paling popular.

Berjalan dengan menggunakan keempat-empat kaki dan tangan, gadis yang diberi gelaran “Wolf Girl Of Devil’s River ” ini dikatakan pernah ditangkap oleh penduduk kampung namun berjaya melepaskan diri.Terakhir dilihat tujuh tahun selepas kejadian itu.
space

wild_animals_04
Kisah seorang kanak-kanak bernama Bello berasal dari nigeria ini adalah yang paling menarik kerana sangat menyerupai filem fiksyen terkenal “Tarzan”. Ditinggalkan oleh keluarganya di hutan rimba Nigeria pada usia enam bulan, Bello telah dibesarkan oleh sekumpulan chimpanzi selama dua tahun. Bello kemundian telah ditangkap di hutan Falgore terletak sejauh 150km utara Nigeria dan dipulihkan, namun Bello gagal menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai manusia sehinggalah anak kecil ini meninggal pada tahun 2005.
space
John-Ssebunya-600x447
John Ssebuyna melarikan diri kehutan sewaktu masih kecil selepas menyaksikan tragedi pembunuhan keluarganya akibat perang saudara. Dijaga sekumpulan monyet vervet, John diajar memanjat pokok serta mencari makanan. Sehinggalah kumpulan penyelamat menemuinya pada tahun 1992.Usaha menyelamat John menhadapi kesukaran apabila kumpulan monyet tersebut bertindak mempertahankan John dengan melemparkan kayu kepada pasukan penyelamat.Selepas usaha memulihkan John berjaya, lelaki Uganda itu telah belajar untuk menyesuaikan diri, bercakap malah menyanyi dan sekarang beliau telah menyertai kumpulan Koir ” Pearl Of Africa Children’s Choir”.
spacespace
wild_animals_06

Diabaikan oleh keluarga semenjak berumur tiga tahun, gadis bernama Oxanna Malaya ini telah dikurung dengan anjing peliharaan keluarganya selama lima tahun di daerah Blagoveshchenka, Ukraine. Jiran Oxana mengesyaki sesuatu yang pelik sedang berlaku di halaman belakang rumah gadis malang itu membuat laporan polis dan merupakan titik penamat kesengsaraan bagi gadis ini.Polis yang membuat pemeriksaan terkejut apabila Oxana berlari-lari dan menyalak seperti anjing. Hak penjagaan telah diserahkan kepada keluarga terdekat.

No comments:

Post a Comment