Pages

Sunday 1 February 2015

VIDEO ; PEMUDA DIPUKUL DALAM TANDAS WANITA GARA-GARA DIDAKWA 'KANTOI SKODENG"

GARA-GARA didakwa ‘kantoi skodeng’ dalam tandas wanita, seorang lelaki dibelasah selepas disoal siasat dan dirakam dalam keadaan mengaibkan oleh beberapa pemuda.
Dalam rakaman video yang kini viral, lelaki berasal dari Perak namun bekerja di Gebeng, Kuantan ini dikatakan menceroboh masuk tandas wanita dan duduk di situ berjam-jam sambil berpura-pura membuang air besar.
Tembelangnya pecah apabila salah seorang mangsa ternampak tangannya terjulur bersama telefon bimbit sedang merakam mangsa di tandas sebelahnya.
Lelaki itu bagaimanapun bukan saja berkeras menafikan tuduhan sebaliknya tetap duduk dalam keadaan seluar dilondehkan seolah-olah sedang membuang air besar ketika ditanya.
Hal ini membuatkan beberapa pemuda yang bertanya kepadanya naik angin lalu membelasahnya di situ juga.
Berdasarkan rakaman percakapan dalam video ini, lelaki berkenaan dikatakan mahu diserah kepada pihak polis jadi kami berharap itulah perkara yang berlaku jadi kes ini dapat disiasat oleh pihak berkuasa.
Kejadian dikatakan berlaku dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak di Kota Damansara, Kuantan. -MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment