Pages

Wednesday, 11 February 2015

TARIF BAHARU ELEKTRIK DIHARAP RINGANKAN KOS SARA HIDUP - PM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap tarif baharu elektrik yang diumumkan pada Rabu, selaras dengan penurunan kos bahan api dan penjanaan, dapat membantu meringankan kos sara hidup.

Dalam catatan di laman Facebook dan Twitter, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus mengutamakan kebajikan rakyat.

Setelah semakan semula kos bahan api dan penjanaan, Kabinet pada Rabu memutuskan untuk mengurangkan tarif elektrik bagi pengguna domestik di Semenanjung, Sabah dan Labuan bermula 1 Mac 2015, katanya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengumumkan, pengguna di Semenanjung Malaysia akan menikmati penurunan tarif elektrik dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWj), manakala purata kadar tarif bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diturunkan sebanyak 1.20/kWj berkuat kuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015. 

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu setelah dimaklumkan kos penjimatan ICPT yang boleh dilepaskan kepada pengguna dalam bentuk tarif yang lebih rendah adalah RM726.99 juta setelah mengambil kira penurunan kos bahan api global dan penjanaan.
mStar

No comments:

Post a Comment