Pages

Monday, 9 February 2015

SAIFUL LUAH PERASAAN. ANGGAP DIRI INSAN KERDIL

Keadilan dan keprihatinan terhadap saya jarang diambil kira - Saiful Bukhari

Esok Mahkamah Rayuan dijangkakan membuat keputusan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari tujuh tahun lalu.

Ketika semua pihak berteka-teki keputusan yang bakal dibacakan hakim Mahkamah Rayuan, semalam, Mohd Saiful meluahkan perasaan sedihnya.

blog saiful bukhari
Luahan kekecewaan Mohd Saiful Bukhari di blog beliau

Menulis di blog peribadinya, Mohd Saiful meluahkan rasa dukacita dan terkilan mutakhir ini kerana suaranya jarang diambil kira.

“Suara, layanan, keadilan dan keprihatinan terhadap saya sebagai mangsa jarang sekali diambil kira, malah dianggap tidak relevan dan tidak penting.

“Walhal saya ini mangsa, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim orang yang dituduh,” tulis Saiful.

Saiful turut kecewa dengan sikap pihak-pihak yang disifatkan lebih 'prihatin' tentang kes liwat itu terhadap senario politik berbanding kebenaran fakta.

"Sungguh mengecewakan saya lagi apabila ramai dikalangan (Parti Kerajaan & Pembangkang, penganalis bebas, orang ramai) yang berbicara dan lebih "prihatin" tentang kesan kes ini terhadap senario Politik , berbanding kebenaran, fakta,  nasib dan keadilan buat saya sebagai mangsa.

"Apapun saya sedar dan insaf, siapalah saya.. Saya hanya insan "kerdil" yang tak ada apa-apa kepentingan.. Anwar pula seorang VVIP, tokoh politik yang banyak "kepentingannya". Lumrah dunia," katanya lagi.

Selepas tujuh tahun, Saiful berkata beliau mengalami perbagai pengalaman pahit dan manis serta menyerahkan segalanya kepada kuasa Allah.

"Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hamba-Nya yang tegakkan kebenaran.

"Pasti ada hikmahnya.

"Disaat ini, hanya Allah SWT sahaja tempat saya mohon pertolongan, berserah dan mengadu. Sama-sama kita tunggu keputusan Mahkamah nanti," tulis beliau lagi.

AWAR BEBAS ATAU KE PENJARA?

No comments:

Post a Comment