Pages

Thursday, 26 February 2015

PRK DUN CHEMPAKA : PEMIMPIN UMNO KELANTAN TERIMA POSITIF

Hasil carian imej untuk BN TIDAK BERTANDING : Pemimpin UMNO Kelantan Terima Positif

KOTA BAHARU: Keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak meletakkan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac ini, diterima positif oleh para pemimpin Umno Kelantan. 

Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa Zaluzi Sulaiman berkata keputusan itu juga dilihat sebagai tindakan yang bijaksana. 

"Saya melihat keputusan ini satu tindakan bijaksana kerana kerajaan Persekutuan dan Umno lebih memfokuskan kepentingan dan kebajikan rakyat Kelantan mendahului kepentingan parti. 

"Pastinya keputusan itu sudah mengambil kira semua aspek termasuk kepentingan agama dan bangsa. Saya akur dan menerima ketetapan tidak meletakkan calon dengan hati terbuka," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Rabu. 

Pada Rabu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata MT Umno membuat keputusan itu berdasarkan beberapa pertimbangan tertentu dan selepas mengadakan perbincangan secara menyeluruh dengan Badan Perhubungan Umno Kelantan serta Umno Bahagian Pengkalan Chepa. 

Najib yang juga Presiden Umno berkata pada masa ini, tumpuan perlu diberikan kepada program pemulihan mangsa banjir dan kerja-kerja kebajikan di Kelantan serta perpaduan ummah. 

Zaluzi berkata walaupun Umno bahagian Pengkalan Chepa sudah membuat pelbagai persiapan memandangkan DUN Chempaka terletak dalam bahagian berkenaan, ia dianggap proses biasa dalam mana-mana PRK. 

"Dalam mana-mana PRK, kita sentiasa bersemangat dan bersiap siaga sama adadari segi jentera pilihan raya mahu pun senarai calon yang berkebolehan. 

Namun,yang selebihnya terletak kepada keputusan pucuk pimpinan dan kita hormati danterima secara terbuka," katanya. 

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohamad Azam Ismail berkata keputusan itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana kerajaan dan Umno pastinya sudah meneliti keutamaan dan kepentingan PRK kepada rakyat. 

"Tidak timbul soal merajuk atau terkejut dalam kalangan anggota keranasemuanya sudah jelas. 

"Kita setuju dengan apa yang diputuskan kerana itu yang terbaik dalamusaha memberi perhatian kepada aspek pemulihan banjir ketika ini," katanya. 

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Hanafi Mamat berkata keputusan MT Umno itu tepat memandangkan perlunya perpaduan dan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan negeri dalam menyelesaikan masalah rakyat yang dilanda banjir pada Disember tahun lepas. 

"Semua pihak kena terima hakikat PRK sedikit sebanyak akan menjejaskan hubungan antara kedua pihak ketika berkempen, sedangkan perpaduan itu penting untuk menyelesaikan masalah rakyat," katanya.  

Pengerusi Veteran Umno Kelantan Datuk Rozali Isohak berkata keputusan BN tidak meletakkan calon adalah tepat dan sesuai pada masanya iaitu parti mengutamakan kebajikan rakyat khususnya mereka yang ditimpa bencana banjir. 

"Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri  duduk bersama dalam kerja pemulihan pasca banjir tetapi kalau terlibat dalam PRK, kemungkinan ada pergeseran ketika parti-parti berkempen dan ini boleh menjejaskan perpaduan yang terjalin dalam usaha membantu mangsa banjir," katanya. -

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata secara peribadi, beliau berpendapat BN tidak perlu meletakkan calon pada PRK DUN Chempaka dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir di negeri ini.    

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK DUN Chempaka 22 Mac depan manakala penamaan calon pada 10 Mac.      

Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Februari lepas.    

Pada pilihan raya umum ke-13, Nik Abdul Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS menang di kerusi DUN Chempaka dengan majoriti 6,500 undi.    

Bekas menteri besar Kelantan itu mendapat 12,310 undi manakala calon BN Wan Razman Wan Abd Razak memperolehi 5,810 undi. 
mStar

No comments:

Post a Comment