Pages

Tuesday, 24 February 2015

PM @NajibRazak ADAKAN PERTEMUAN DENGAN MB KELANTAN DI PUTRAJAYA

mb klntn najib2


Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya pada Isnin.

Perdana menteri dalam catatan di laman Facebooknya berkata beberapa isu kesejahteraan rakyat negeri itu menjadi topik perbincangan dalam pertemuan berkenaan.

“Insya-Allah, kerajaan Persekutuan akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat paling utama dalam sebarang perkara,” katanya.

Najib turut memuat naik dua keping gambar dalam catatan tersebut yang menunjukkan kedua-dua pemimpin berkenaan berjabat tangan dan sesi perbincangan yang berlangsung.

mb klntn najib

No comments:

Post a Comment