Pages

Wednesday, 18 February 2015

PENGUNJUNG ZOO SEBAGAI UMPAN HIDUP ???

Lehe ledu Wildlife Zoo di Chongqing, China, mempunyai cara unik untuk memberikan pengalaman berharga buat pengunjung. Zoo ini menyediakan sebuah kenderaan yang dilengkapi dengan kandang berjeriji besi yang akan membawa para pengunjung untuk berinteraksi terus dengan haiwan buas.
Konsep ini dilakukan untuk memberikan pengunjung pengalaman bersemuka secara langsung dengan pemangsa ganas seperti harimau.
Tarikan ini telah menjadi sangat popular di China, dan tiket perkhidmatan ini telah habis dijual untuk tiga bulan mendatang. Untuk membuat pengalaman ini menjadi lebih menarik, kereta yang membawa pengunjung diikat dengan daging mentah di jeriji kandang, yang digunakan untuk menarik perhatian haiwan buas itu.
“Kami ingin memberikan pengunjung sensasi diterkam kucing besar yang kelaparan, tetapi tanpa mengalami sebarang risiko,” jelas jurucakap zoo Chan Liang.
Chan juga memberi amaran kepada para pengunjung untuk selalu menjaga tangan mereka agar sentiasa berada di dalam kandang, kerana harimau yang lapar boleh menarik tangan mereka.
dairishare

No comments:

Post a Comment