Pages

Thursday, 12 February 2015

PAKATAN PEMBANGKANG HADAPI MASALAH BESAR - LKS


ALOR SETAR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui pakatan pembangkang kini berdepan masalah besar membabitkan soal kepimpinan selepas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

Kit Siang berkata, bagaimanapun hingga kini belum tiba masanya untuk pakatan pembangkang memikirkan mengenai soal pengganti Anwar kerana bagi DAP, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu masih kekal sebagai ketua pembangkang.

"Ada yang tanya apa masa depan pakatan dengan keadaan Anwar di penjara, ..adakah pakatan akan hancur atau lebih kuat?.

"Memang kita tahu pakatan menghadapi masalah besar tapi kita harap kita boleh berjaya untuk jadikan pakatan lebih kuat," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Dr Alias Razak menyifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang adalah pemimpin pakatan pembangkang yang paling layak untuk menggantikan Anwar sebagai ketua.
Bernama

No comments:

Post a Comment