Pages

Saturday 7 February 2015

NIK AZIZ DIJANGKA PULANG MINGGU DEPAN

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dijangka pulang ke rumahnya minggu depan.

Menurut anaknya, Nik Mohamad Abduh, tahap kesihatan bekas menteri besar itu menunjukkan perkembangan yang positif meskipun masih memerlukan perhatian doktor.

“Saya harap ayahanda akan lebih selesa berehat di rumah selepas ini. Alhamdulillah keadaannya semakin baik. Ayahanda sudah boleh bercakap dan duduk dalam keadaan yang baik, tapi keletihan masih ada lagi,” katanya.

Menurutnya, sudah tiga minggu Nik Abdul Aziz, 84, menjalani rawatan di ICU HUSM akibat masalah kanser prostat.
SinarHarian

No comments:

Post a Comment