Pages

Sunday, 22 February 2015

MANGSA CULIK DI BAKAR KEMALUAN GUNA LILIN

Hasil carian imej untuk Penculik Bakar Kemaluan Mangsa Culik

Kuala Lumpur: Tindakan kejam melampau apabila kumpulan penculik menyeksa seorang kontraktor dengan membakar kemaluan mangsa menggunakan lilin.

Mangsa yang juga kontraktor berusia 20-an itu didera kumpulan enam penjenayah yang menculiknya di Sri Kembangan, Selangor, pada jam 2 pagi kelmarin.

Mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, dia diserang kumpulan lelaki sebelum dibawa menaiki motosikal dengan mata tertutup dan kedua-dua tangan berikat ke sebuah rumah.

Menurutnya, dia dikurung di dalam bilik yang sempit tanpa diketahui tempat sebenar dia berada.

“Mereka meminta wang tebusan RM50,000 selain mengugut membunuh saya jika gagal membuat bayaran.

“Justeru saya diarah menghubungi ahli keluarga atau kenalan rapat bagi mendapatkan wang tebusan yang diminta itu,” katanya.

Menurutnya, dia merayu kepada suspek membebaskannya tanpa sebarang syarat.

“Bagaimanapun kumpulan suspek membelasah selain mendera saya dengan mencucuh kemaluan saya menggunakan api lilin berulang kali. Saya hanya mampu menjerit kesakitan dan merayu tindakan itu dihentikan.

“Saya dipaksa menghubungi rakan sekerja bagi mendapatkan wang tebusan itu secepat mungkin,” katanya.

“Melalui perbualan telefon itu, rakan saya bersetuju berjumpa suspek dan membuat ‘pertukaran’ di tempat berhampiran pasar borong di sekitar Seri Kembangan pada jam 9 malam,” katanya.

Dia dibawa suspek ke tempat dijanjikan dalam keadaan mata bertutup dan kedua-dua tangan berikat.

“Sebaik sampai di situ, mereka membuka ikatan dan memberitahu saya dibebaskan kerana rakan saya sudah membayar wang tebusan diminta RM20,000.

“Suspek meninggalkan saya seorang diri di kawasan itu sebelum rakan saya muncul dan menghantar saya pulang,” katanya.

Menurutnya, kejadian penculikan selama 20 jam itu menakutkan berikutan penjenayah tidak teragak-agak membunuh jika wang tebusan diminta tidak dibayar.

Susulan itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan di sini, berhubung kejadian itu.

Jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang berkata, pihaknya mengambil keterangan daripada mangsa dan berusaha menjejaki semua suspek terbabit.
Mymetro

No comments:

Post a Comment