Pages

Wednesday, 25 February 2015

KERAJAAN PULAU PINANG DIMINTA PERJELAS ISU DISKAUN 5% LOT RUMAH BUMIPUTERA


GEORGE TOWN: Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang pada Selasa menuntut penjelasan daripada kerajaan negeri pimpinan DAP berhubung penghapusan diskaun lima peratus bagi lot rumah mampu milik kepada golongan bumiputera. 

Ketuanya Rafizal Abd Rahim berkata berikutan penghapusan itu, golongan berpendapatan sederhana dan rendah tidak lagi mampu untuk memiliki rumah dalam kategori rumah mampu milik.

"Kami faham bahawa selama ini tiada diskaun lima peratus untuk kategori rumah kos rendah, kos sederhana rendah namun yang menghairankan diskaun kepada bumiputera ini juga tidak diberi kepada rumah mampu milik, jika kerajaan negeri meneruskan dasar ini, tiada diskaun ini kepada bumiputera, " katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Beliau mengulas mengenai tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengeluarkan surat arahan bertarikh 23 Februari kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai yang bertajuk "Tiada diskaun lima peratus bagi lot bumiputera untuk rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik".

"Kami juga amat kesal jika kategori rumah mampu milik tidak diberi diskaun sebanyak lima peratus, ia akan menghalang aspirasi Kerajaan Persekutuan dalam memastikan agenda pemilikan rumah mampu milik oleh rakyat," katanya.

Rafizal berkata Pemuda Umno Pulau Pinang juga ingin menuntut penjelasan daripada kerajaan negeri terhadap 30 peratus kuota bumiputera yang seharusnya diperuntukkan kepada bumiputera, sama ada masih terpakai atau sebaliknya.
mStar

No comments:

Post a Comment