Pages

Saturday 21 February 2015

IKAN JERUNG WAJAH MENYERAMKAN DITEMUI !!!



Yang terlintas dalam fikiran kebanyakan orang bila bicara soal ikan jerung mungkin tidak akan jauh dari anggapan ikan jerung adalah seekor ikan besar bergigi tajam yang merupakan pemangsa laut menakutkan. Namun tahukah anda, ternyata tidak semua ikan jerung seperti itu. Ternyata ada ikan jerung yang berbeza jauh dengan anggapan itu, bahkan kelihatan lebih menyeramkan.


Disebut dengan 'Megamouth Shark' (Ikan Jerung Bermulut Besar) atau Megachasma pelagios, merupakan jenis ikan jerung paling jarang ditemui di dunia dengan panjang tubuh hingga 6 meter, bermulut besar dengan diameter mencapai 1 meter lebih, dan berwajah menyeramkan. Ikan jerung jenis ini pertama kali ditemui pada tahun 1976. Menurut catatan sejarah, baru sekitar 63 penampakan munculnya ikan jerung tersebut.

Baru-baru ini di pantai Marigondon perairan Filipina dijumpai ikan jerung bermulut besar terdampar. Sayangnya ikan jerung itu sudah dalam keadaan mati. Nelayan yang menemuinya menduga mungkin ikan jerung tersebut mati kerana terperangkap dalam jaring ikan.

Kemudian menurut pihak berkuasa kerajaan Filipina, tubuh ikan jerung itu telah diletakan di dalam peti sejuk, dan selanjutnya akan di bedah siasat untuk mempelajari mengenai ikan jerung jarang ditemui.

Lebih lanjut, meski ikan jerung bermulut besar itu wajahnya menakutkan tapi mereka tidak berbahaya bagi manusia. Mereka dikenali sebagai pemakan plangton. Mereka menggunakan mulutnya untuk menapis plangton dan ganggang laut dan memakannya. Menurut para saintis, sebahagian besar ikan jerung itu hidupnya menghuni di kedalaman laut.





No comments:

Post a Comment