Pages

Tuesday, 10 February 2015

HADI NAFI TULIS SURAT MENGENAI DEMO SOKONG ANWAR

Auta

SATU imej surat dengan logo rasmi Pas tersebar di WhatsApp, semalam.  Surat itu yang ditandatangani oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyebut sebarang ulasan dan komen yang bersifat 'rasmi' perlu dibuat menerusi mesyuarat yang sah dan diperakui oleh perlembagaan parti.

Menurut surat itu, sebarang seruan untuk menyertai demonstrasi menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mendengar keputusan rayuan kes liwatnya, hari ini adalah bersifat peribadi dari segelintir pemimpin Pas dan bukan pendirian rasmi Pas.

"Pas tidak pernah menyeru atau mengajak mana-mana ahlinya untuk menyertai demonstrasi tersebut yang pada anggapan kami bukanlah perkara ma'ruf.

"Pas penuh yakin dan percaya kepada keadilan mahkamah dalam menjatuhkan hukuman terhadap jenayah tersebut dan perbuatan menyertai demonstrasi
itu bukanlah satu pendirian rasmi Pas," menurut surat itu.

Fakta

Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri  Mokhtar menafikan kenyataan media yang dikeluarkan atas nama Abdul Hadi Awang itu.

"Kenyataan bertarikh 9 Februari 2015 (mengenai isu kenyataan rasmi parti dan solidariti terhadap kes Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah palsu, tidak benar sama
sekali.

"(Abdul Hadi) merasa sangat kesal di atas penyalahgunaan surat Pas dan pemalsuan kenyataan media itu," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

No comments:

Post a Comment