Pages

Thursday, 5 February 2015

BAPA DURJANA SANGGUP TUMBUK ANAK KERANA ENGGAN BELI ROKOK !!! (VIDEO)


Seremban – Seorang kanak-kanak berusia enam tahun dipercayai ditumbuk pada muka dan didera kerana tidak membeli rokok yang dipesan bapanya.

Polis kemudian menyelamatkan kanak-kanak lelaki itu di rumah jirannya di Sikamat di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata mangsa diselamatkan pada jam 11.30 pagi selepas menerima laporan daripada jirannya.

“Mangsa yang melarikan diri ke rumah jirannya memberitahu dipukul pada muka selain dilibas dengan tali pinggang pada tubuh oleh bapanya.

“Siasatan mendapati, suspek menyuruh mangsa membeli rokok tanpa memberikannya wang. Apabila mangsa pulang tanpa rokok, suspek menumbuk muka mangsa, memukulnya menggunakan tali pinggang dan menendang dadanya sebelum menghalaunya keluar,” katanya di sini, hari ini.

Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan dan suspek sudah ditangkap semalam untuk siasatan lanjut. - Suara TV

No comments:

Post a Comment