Pages

Monday, 26 January 2015

TUAN IBRAHIM AKUI RAKYAT MUAK PEMIMPIN PR KERAP BERGADUH


DAP nampaknya terus menerus menyerang Pas apabila prinsip mereka mahu melaksanakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempata (PBT) ditentang oleh Pas. Mereka ditentang Pas ekoran sebelum ini Pas mahu melaksanakan hudud mereka di Kelantan menentang secara terus-menerus.

DAP mendakwa pelaksanaan hudud yang mahu dilaksanakan Pas tidak ada dalam dasar Pakatan Rakyat (PR). Pas turut mendakwa pelaksanaan pilihan raya ini yang mahu dilaksanakan DAP turut tidak ada dalam dasar PR.

Pertelingkahan dua parti ini telah membuatkan rakyat Malaysia muak dengan cara kepimpinan kedua-dua parti. Tak habis-habis mahu berhentam untuk melaksanaka dasar parti masing-masing.

Ekoran kejadian ini, Naib Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim memberi amaran kepada para pemimpin DAP yang sering menyerang parti Pas. Beliau juga memberi peringatan kepada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut menyerang DAP dalam isu pilihan raya tersebut.

Tuan Ibrahim memohon semua pemimpin mengenepikan perbezaan pendapat setiap pemimpin untuk memberi fokus kepada hubungan pakatan.

"Mengapa harus terus bertelingkah atas perkara yang berbeza tapi mengetepikan perkara yang membawa kita bersama? katanya yang jelas tidak senang dengan pertelingkahan verbal antara parti dalam PR yang berlaku sekarang. Bukankah PR pernah bersetuju yang persamaan antara tiga parti ini jauh melebihi perbezaan antara mereka?" kata Tuan Ibrahim yang mengulas mengenai perkara ini.

Tuan Ibrahim berkata, tidak perlu bergaduh sesama sendiri kerana masing-masing mempunyai agenda dan dasar parti masing-masing. Perjuangan dasar parti ialah polisi seorang pemimpin untuk terus menggerakkan parti.

"Apabila wujudnya gabungan politik antara parti, maka harus wujudlah pula sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara setiap parti," katanya

Mengulas mengenai perbezaan pendapat antara pemimpin, Tuan Ibrahim berkata, jika seorang pemimpin membesarkan jurang persamaan, maka ruang persamaan pasti akan mengecil. Beginilah yang ada dalam sikap setiap pemimpin DAP dan Pas. Mereka sepatutnya bertolak ansur antara satu sama lain dan menghormati cadangan setiap parti.

"Apabila wujudnya gabungan politik antara parti, maka harus wujudlah pula sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara setiap parti. Sebaliknya, apabila kita membesarkan ruang persamaan, maka akan kecillah jurang perbezaan. Dengan itu, muafakat itu akan kekal dan subur. Sikap inilah yang sepatutnya dikekalkan seandainya PR ingin terus kekal," ujarnya.

Menurut Tuan Ibrahim, sekiranya ketiga-tiga parti berasa jurang perbezaan terlalu besar dan tidak mungkin lagi adanya muafakat serta sikap saling menghormati, barangkali sudah sampai masanya memikirkan semula segalanya kerana setiap parti sedar tiada parti yang boleh berjaya jika ia bersendirian, katanya. : 

"Semua ini medan yang baik bagi membina persamaan antara parti komponen PR dan juga mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PR," tegasnya. 

Jika tiada lagi kata sepakat diantara parti-parti ini, dinasihatkan parti-parti ini lebih baik bergerak sendirian. Lagipun rakyat pun sudah muak dengan tindak-tanduk pemimpin DAP yang tidak habis mahu menunjukkan kekuasaannya.
Utaranews

No comments:

Post a Comment