Keadaan serba kekurangan tidak mematahkan semangat murid -murid Sekolah Kebangsaan Manek Urai untuk memulakan hari pertama persekolahan mereka.
Dengan berseluar trek, berbaju T, berselipar jepun tanpa buku mahupun beg galas, mereka tetap bersemangat dan tiba di sekolah seawal jam 7.15pagi walaupun jalan ke sekolah masih lagi berlumpur.
Walaupun sekolah itu masih tidak dapat beroperasi dengan sempurna kerana banyak peralatan musnah kerana banjir, namun beberapa ibubapa turut hadir bagi mendaftar persekolahan anak-anak mereka secara manual.
No comments:
Post a Comment