Pages

Wednesday, 28 January 2015

PR TIDAK AKAN LAKSANAKAN HUDUD JIKA BERJAYA MEMERINTAH PADA PRU 14 - LGE (VIDEO INSIDE)


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahu Pakatan Rakyat (PR) jelas dengan pendiriaan tidak akan melaksanakan hukum huduh jika mereka mahu menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ini kerana dengan dasar yang jelas dan konsisten PR mampu meyakinkan rakyat memilih mereka.

“Kita hanya boleh berjaya sekiranya pendirian dan kedudukan kita jelas bahawa Pakatan yang memerintah di Putrajaya (nanti) tidak akan melaksanakan undang-undang hudud. Itu mesti jelas.

“Kerana itulah aspirasi pengundi-pengundi (berhaluan) sederhana, bukan  (aspirasi) pengundi ekstrem,” kata Guan eng.

Beliau berkata demikian ketika perasmian Persidangan Kebangsaan Parti DAP 2014.

Katanya, parti-parti dalam pakatan itu juga perlu ada ketetapan siapa calon perdana menteri mereka.

No comments:

Post a Comment