Pages

Friday, 30 January 2015

NIK AZIZ SEMINGGU LAGI DI HOSPITAL


Kota Bharu: Kesihatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin menunjukkan perkembangan positif dan dijangka keluar wad dalam tempoh seminggu lagi.

Anaknya Nik Mohamad Abduh berkata, bapanya juga semakin berselera untuk makan dan boleh melakukan pergerakan ringan.

"Doktor memaklumkan ayah boleh keluar hospital dalam tempoh seminggu apabila beliau semakin menunjukkan perkembangan positif setiap kali menjalani rawatan termasuk fisioterapi.

"Keluarga juga sedang siapkan kemudahan sesuai untuknya di rumah," katanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, hari ini.

Perkembangan terbaru itu sekali gus menafikan desas desus bertebaran di laman sosial dan aplikasi Whatsapp yang mengatakan pemimpin berkenaan meninggal dunia.
Nik Abdul Aziz dimasukkan ke HUSM sejak beberapa minggu lalu berikutan kanser prostat dihidapinya.-hmetro

No comments:

Post a Comment