Pages

Wednesday, 28 January 2015

KESIHATAN NIK AZIZ BERTAMBAH BAIK - NIK ABDUH


KOTA BHARU: Tahap kesihatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dilaporkan bertambah baik hari ini dan dijangka pulang ke rumah dalam masa terdekat.

Anaknya, Nik Mohamad Abduh berkata bapanya kini berupaya duduk di kerusi roda.

"Pagi ini doktor dan pihak hospital berkunjung ke rumah untuk melihat dan membantu kami menyempurnakan keperluan dan persiapan untuk ayahanda apabila dibenarkan pulang nanti," katanya menerusi catatan terbaharu di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Nik Abdul Aziz, 84, dimasukkan ke HUSM pada 19 Januari lepas setelah tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

Nik Abdul Aziz yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka adalah menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan itu dari 1990 hingga 2013. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment