Pages

Saturday, 24 January 2015

KEMALANGAN MAUT DI MELAKA : JPJ NAFI LAPORAN BERITA TIDAK TEPAT


PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Jumaat menafikan laporan  sebuah portal berita yang melaporkan kemalangan maut melibatkan empat orang di Melaka disebabkan sebuah kereta diburu agensi penguatkuasaan itu.

JPJ dalam satu kenyataannya yang dikeluarkan di Facebook rasminya  pada malam Jumaat menjelaskan, hasil siasatan pihaknya mendapati empat anggota JPJ yang menjalankan tugas rondaan telah terserempak dengan satu kemalangan dan  memberi bantuan  sementara menunggu pihak polis sampai ke tempat kejadian.


Kenyataan media itu menyebut, berikutan laporan berita yang kurang tepat berkenaan, anggota JPJ yang berada di tempat kejadian telah membuat laporan polis bagi menjelaskan situasi sebenar selain menafikan laporan berita berkenaan.

“JPJ melahirkan rasa kecewa dengan laporan berita yang ditulis tanpa membuat rujukan sahih daripada pihak jabatan,” kata kenyataan itu.


Agensi itu dalam Twitter mereka telah meminta sebuah portal berita yang menyiarkan berita tidak sahih itu menarik balik laporan berkenaan.


Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Bernama melaporkan, empat sekeluarga maut setelah kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan dua kereta lain di Kampung Bukit Gereja, Jalan Serkam Pantai, Merlimau, Melaka petang Jumaat. - mStar

Baca Artikel Selanjutnya...

No comments:

Post a Comment